Selasa, 1 Disember 2015

FASA DIET DAN KONSISTAN UBAT


Assalamualaikum.

Hello Awesome people! ;D
Teringat ustazah kata masa sekolah dolu2 nak doa kene specific. baru ade feel.
bukan time nyanyi jer nak feel2 ok. nmpak x gaye ustazeh dah mari. ;D

Contoh: Ya Allah kurniakanlah daku zuriat pada tahun 2016 ini. Aminnnn.

Walaupun Allah Maha Mendengar n Mengetahui segala isi hati kita. tapi Dia nak kita bersungguh meminta.
Bersungguh bererti kita mmg berkehendakkan sesuatu.
Kalau sambil lewa je berdoa bermakna kita pun x pasti sama ada kita betul2 nak atau main2 sahaja.
Allah beri ikut usaha kita.

panjang mukadimah ustazeh ye hari ini. ;D

sebenarnye aku nak share doa2 dalam Al-Quran yg berkaitan zuriat.
Ramai dah share tp nak share jugak.
The more the merrier. :)




jangan pernah putus semangat allah sentiasa bersama kita
so after 17/11/2015 lepas appoitment aku dengan gyne aku disahkan pcoserrrr!!!
but im still redha n accept sebab ketentuan dan ujian allah
so utk pertama kali lepas jumpa doc time tu atas nasihat doktor pakar, dimana aku kene makan ubat hormon progyluton untuk stabilkan hormon dalam badan aku nie. doktor tu kata nak cuba ubat tu sebab nak tengok sama ada ubat progyluton ni ada tindakbalas dengan badan aku. 

Bersangka baiklah pada Allah. Bersangka baiklah pada Allah. Bersangka baiklah pada Allah. Bila tiba masanya utk menjadi Ibu dan Ayah. barulah DIA akan berikan 'amanah' itu.
*Senyum lebar ^_____________^*

Still on Progyluton CD5. Badan rase panas, sejuk geli n lenguh gila. Itu tanda2 makan hormon ke bukan aku pun x pasti.

Well what to do. I am hot. ;D

ha nei la ubt aku kene makan selama 21 hari mulai dari tarikh aku jumpa gyne tp aku miss 1 week sebab faktor kewangan utk beli this ubt sendiri...mahal ok harga dia RM59 oKIE...
demi kesihatan n period aku gagahkan juga beli janji aku sihat,period n dapat baby
pcos aku ilang itu je.
Share:

Khamis, 19 November 2015

DIET ATKINS - Cara paling berkesan KURUS TANPA PRODUK

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.


Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.



Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat

Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.



ika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.


mengapa diet harimau? 
( semua gambar dalam ni aku pinjam google.. utk hiasan saja yee)


Bila orang tanya ko buat diet apa? aku selalu cakap aku buat diet harimau... hehehee... sebab makan daging dan ayam jerkk takpun steak.. yum yumm tak macam orang diet pun!

Sebenarnya saya dah lama nak kuruskan badan... rasa rendah diri jugak bila badan gemuk. Bila saya pikir positif.. rasanya ada yg lebih gemuk dari saya. Hehe heee..

dari bujang ... saya kategori tembam. Family saya lak.. memang jenis badan dan rangka yang besar... memang kami besar besar.. tinggi dan membesar.. keturunan kot.. tapi bangga apa? bukan semua orang mcm family aku.

kalau cakap tentang diet aku cukup menyampah... aku menyampah tengok manusia yang tu takmo makan .. ni tak mo makan.. takut gemuk! memang aku sakit ati.. bagi aku time sihat ni la nak makan esok esok..dah sakit bila nak makan.? sekat tekak utk cantik.. tu bukan aku. tapi kalau berpantang sebab sakit.. aku akan buat.. no hal punya.. but not for diett...

saya bulan lepas..dan tahun tahun sebelumnya.


sehinggalah aku berkahwin .. mengandung dan melahirkan.. pasal pantang masa ngandung memang aku buat..bertungku barut urut ubat semua aku turut. so badan slim jap... now bila aku duk baca produk kurus teringin gak nak cuba.. tapi dari aku sakit baik tak yah.. walaupun saiz aku besar..darah tinggi, kencing manis , jantung, kolestrol aku ok jerr...


bab masak ko jgn cakap semua aku suka..masak dan makan! sedap sedap...


Di jadikan cerita ..sebab suami punya pasal..aku nak hadiahkan aku yang cantik.. hik hik hikk..


So aku bermulalah pencarian cara menguruskan badan tanpa mengorbankan semua yang aku suka.? ada ke? 


Di situlah dtgnya Diet Harimau aku... 


'gajah makan pe?'


'gajah makan tebu?'


'harimau makan pe?'


'harimau makan daging?'




'harimau ke gajah yang gemuk?'


'gajah.....'


'napa bukan harimau?kan harimau makan daging?'


'ha'ah..kan? .. so aku nak buat diet harimau....'


'ari hari makan daging.. jangan makan buahan , nasi pun tumbuhan pe?


dan mesti ada orang kata perut rimau mana sama dgn perut manusia.. betul betul betul.. tapi ni sekadar lawak aku jerrr




dan aku telah jumpa diet yang ikut hati aku tuu.. 


namanya ATKIn DIET...


WOW baru seminggu semua baju lama aku dah boleh pakai seronoknya....!!!!


di sinilah bermulanya diet harimau aku...


emm lagi satu lepas aku cari kat internet ni aku jumpa blog rakan rakan diet harimau nii.. nanati aku link kan ..


paling best blog adik Dzul. Akak promote blog adik!!!!


Jom fahami.... Apa itu Kabohidrat?


Karbohidrat merupakan satu kemasan dari tenaga suria yang digunakan oleh semua kehidupan di bumi ini. Karbohidrat dibentuk melalui fotosintesis, yaitu sebuah proses gabungan yang melibatkan air, karbon dioksida dan pigmen hijau klorofil untuk menangkap tenaga suria. Hasil yang dikenali9 dengan nama glukosa (karbohidrat sederhana atau gula).
“Carbo”artinya karbon dan “hydrate” artinya air. Karbohidrat secara hampir exclusif hanya terdapat pada makanan nabati ( makanan nabati merujuk kepada makanan yang terdiri dari sayur-sayuran, biji-bijian, padi-padian, kacang-kacangan, dan buah-buahan)


Sistem pencernaan kita mengolah semua karbohidrat dengan cara yang sama, semua dipecah menjadi glukosa. Darah menyerap glukosa dari usus dan tubuh menggunakannya sebagai tenaga.


Menurut jenisnya karbohidrat dipecah menjadi dua:


1. Karbohidrat sederhana, menunjuk kepada gula (termasuk glukosa dan fruktosa dari buah-buahan dan sayuran, laktose dari susu dan sukrosa dari tebu atau gula tebu).
2. Karbohidrat kompleks menunjuk kepada starch, juga termasuk cellulosa atau serat yang terdapat pada makanan nabati.



Apa hubungannya karbohidrat dengan gula?
Dari penjelasan diatas kita memahami bahawa karbohidrat didalam tubuh akan dipecah menjadi glucose (gula) dan darah akan membawa glucose (gula) keseluruh tubuh kita dan diserap tubuh dan diolah menjadi sebagai tenaga. Jadi gula juga karbohidrat.



Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling banyak di dunia ini dan karbohidrat memberikan tenaga yang terbaik untuk berbagai fungsi tubuh manusia.
Makanan yang menghasilkan tenaga juga boleh di dapati daripada sumber lain seperti lemak, atau protein, tetapi karbohidrat tetap merupakan sumber tenaga yang utama.


Makanan dengan kandungan kadar karbohidrat hampir 100% adalah gula pasir, makin putih warna gulanya, makin tinggi kandungan karbohidradnya.
Bahan makanan berkabohidrat tinggi : Gula, beras, gandum, ubi (semua jenis ubi, termasuk lobak merah), jagung, sagu.
Contoh makanan jadi yang berkarbohidrat tinggi:
Roti, Nasi, Jagung, Gandum, Mie, Bihun,, Kwetiaw,, Bubur, Kentang, Biskuit
Sebenarnya semua jenis sayuran mengandung karbohidrat, tapi karena kandungan seratnya yang tinggi, maka sayuran dimasukkan dalam makanan jenis berkarbohidrat rendah. Serat sendiri adalah karbohidrat juga sebenarnya (mengandung C,H dan O), tapi karena usus kita tidak boleh mencerna serat tumbuhan maka serat tersebut tidak boleh dicerna menjadi gula sederhana oleh usus manusia.

Ini berbeza haiwan seperti lembu, kambing atau lainnya, ususnya mempunyai enzim untuk mencerna serat tumbuhan menjadi gula sederhana. Gula sederhana (glukosa) adalah sumber tenaga bagi tubuh.

harap paham yee.. beza dgn diet kalori.. so jangan nak makan buah laks.. jangan makan oats... hehheee..


dan... pada hari ini bemula satu cerita baruku...

para pembaca blogku sekalian,,, sesungguhnya aku tak tahu apa yang jadi pada diri aku.. 
tapi ada satu berita gembira untuk aku. badan aku dah 70 kg balik heheehee berjayalah aku tuhh.
namum ada satu yg pelik sbb aku tak teruskan atkin ...? camna ye? 
ada satu lubuk keinsafan menusuk kalbu aku ... sewaktu aku membelek belek dia yang Mulia. Aku memang ngaku mencintainya..jangan tanya banyak..nanti aku sebak.
so.. sesapa rasa nak meneruskan atkin di persilakan... dan sesiapa rasa tak mampu tahan nafsu makan tuhh ikutlah atkins.. korang boleh balasah satu ekor ayam sehari.. sesiapa nak diet kalori ikut korang le...
aku? .. masih meneruskan dietku..tapi kalai ini dan selamanya insyallah...
bukan diet kalori..
bukan juga diet atkins..
tapi diet dia yang tercinta..
makan ikut dia yang tercinta...
satu minggu aku kurang 3 kg..
dia yang tercinta mengajar aku 
tapi aku yang bingai..
tak faham faham...
dialah rasullullah ..
dia juga pesan cantik untuk suami..
jangan laks lepas ni tunjuk body kat opis..
kalau badan kurus shape cantik..elok la koo pakai jubah pi pejabat
itulah pesanan untuk aku.

lagi satu..aku rasa cam sakit pinggang..
betul la diet atkin bagi buah pinggang kerja banyak..
tapi salahnya aku juga, tak kisah lee sbb makan ubat kurus pun boleh buat sakit buah pinggang.
tapio diet rasullullah tak buat sakit pinggang..sihat lagii
so aku akan terus kan diet akuu ikut pengetahuan aku dan pencarian aku 
nak ikut dipersilakan..
tak nak ikut .. aku tak paksa... tapi jgn nak marah marah aku (nak marah gak sila jgn buka blog aku ..jgn baca pe yg aku tulis)sbb setakat ni aku dah tukar 3 kali diet... pepun aku masih mencari yg terbaik
dan aku yakin inilah yg terbaik..
so mkenu aku untuk hari ini adalah berkait dgn diet baru aku..
ok la sesiapa nak bantah.. bantah dlm hati... sbb menu aku ikut rasa naluRi aku..
SEBAB bila kita dah tak biasa makan nasi ..makan skit pun dah rasa kenyang...
Share:

'Diet Atkins' membantu PCOSer hamil


Salam Khamis dan selamat pagi semua...

Setiap pasangan suami isteri tentu saja mengimpikan kelahiran cahayamata sebagai penyeri rumah tangga dan penyambung keturunan. Namun walaupun rata-rata pasangan akan menimang cahayamata dalam tempoh setahun selepas disatukan, tetapi ada yang kurang bernasib baik atau lambat sampai rezekinya.Saya terpanggil utk share dengan kawan2 PCOS yg cube nak hamil.. baru nie saya disahkan pcos atas ebab sudah 6 bulan saya tidak period so now tekad utk lakukan apa saje demi kesihatan dan baby JR'10 Insallah Soon.

then saye memang tak terpikir apa lg yang saya tahu saya nk sihat.so now saya try Avoid low carb sebabnya dengan kawal permakan bak kata doc mungkin dapat pulihkan hormon saye dah dan buat badan saya kembali kurus dan period kembali , so dengan adanya info yang bermaafat dalam tenet , mengunakan encik google saya pun google sebab saya hanya ada 27 HARI cabaran bermula dari hari saya jumpa gyne utk kurus dan stabilkan balik semuanya seperti sedikala.

saye semangat lg buat research pasal diet low carb terjumpela 'DIET ATKINS' ni...
bile dah jenuh pahamkan diet tu n saye nak try diet tersebut dalam mase sebulan turun 5kg ke 10kg dari berat saya sekarang yang cecah hampir 90kg..gemokkk kan, terkejut jugak berat naik mendadak dari 64kg ke angka tu tp apa boleh buat... nak tak kene kuat n positive.setiap orang ALLAH uji kemampuan mereka setanding dengan diri mereka.. so jangan putus asa.. memang ada orang yang berbadan besar pon preggy dengan kuasa ALLAH.. yang kurus pun byk yg lom preggy juga dengan kuasa ALLAH...tapi semua itu ikut pada bdn jugak..so nak tak nak jika dh tertulis bergitu kena lah rajin utk diet.

tapi saya tahu , saya mungkin payah preggy mungkin disebabkan oleh hormon dan saiz badan saya besar sekarang !!!... banyak kali saya pergi untuk buat rawatan kesuburan mesti doktor bagitau saya mesti turunkan berat kalau nak preggy.. tapi kekadang saya menjawab juga lam hati ..alah ada je yg besar preggy.. ada yg kurus pon lom preggy...tp sudah tertulis diri kite macam nie..kene hadap n kuat.
heeee masa tu blom ada kesedaran... tapi kalau inilah menjadi ASBAB saya hamil.. alhamdullilah saya bersyukur saya di beri kekuatan untuk berdiet... eeheeheh...

pada yang di luar sana... yang masih tertanya-tanya, yang masih mengharap.. apa salahnya membuat satu keputsuan dmi kebahagiaan kita.. kalau taknak diet atkins, dietlah dengan cara lain.. ikut kemampuan... mana tahu ASBABnya tu menjadi.
'percayelah ckp kak ton'  hehe...tanpe ubat2 ape2 insallah ok dan jangan cepat give up try to naturally balik kan...
so kawan2 PCOS tu...jgn give up ok...cube amik inisiatif lain pulak kalo cubaan treatment sblm ni xberjaya...alhamdulillah dgn turun berat ikut diet atkins ni mana tahu allah berikan sesuatu yang mampu buat kite tersenyum kembali.
AMIN ....



Share:

MASALAH KESUBURAN WANITA: DILEMA PCOS

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah penyebab biasa di dalam masalah kesuburan wanita dan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. PCOS adalah satu situasi di mana ovari menjadi bengkak akibat benih terperangkap di dalam ovari dan tidak boleh menetas pada hari subur. Apabila ini berlaku, lama kelamaan, wanita berkenaan akan mengalami masalah haid dan akhirnya menjadi punca kepada masalah kesuburan.

Antara simptom PCOS
✔ Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama.
✔ Sukar untuk hamil
✔ Jerawat
✔ Peningkatan bulu pada wajah dan badan
✔ Kegemukan
✔ Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari

Antara punca PCOS
✔ Punca penyakit adalah tidak diketahui namun ia mungkin terjadi secara semulajadi yang mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal penghasilkan hormon.
Faktor pemakanan (Tabiat pemakanan tinggi karbohidrat, gula, perisa dan pengawet)
Stress atau tekanan kerja


Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Bagaimana Ia terjadi?

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

Cara mengatasi
Kajian mendapati salah satu cara berkesan untuk mengatasi masalah PCOS adalah dengan mengurangkan berat badan, dan terdapat juga cara lain untuk meningkatkan kesuburan disebabkan PCOS iaitu suppliment utk adan seperti ubat hormon dan sebagainya
Share:

Selasa, 17 November 2015

I am the PCOS



Seperti mana yang diwar-warkan kerajaan mengenai kekurangan doktor di Malaysia sememangnya benar dan kekurangan infrastruktur dan fasiliti juga harus dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Chewah tiba-tiba jadi macam pemberita pulak kan??

Oklah, back to hutang aku untuk bercerita mengenai appointment dengan doctor pada 17/11/2015 jam 2 petang. Ya memang silap aku kerana tidak mengetahui pun nama doctor tu. But nevermind, benda tu tidak penting pun.hehehe new gyne doctor in TM

Macam mana aku nak mulakan penceritaan aku ni yer. Oklah, aku datang ke Klinik arround jam 2 petang sebab nurse kt situ dh mention aku..heeh awal 15 minit daripada appointment aku.nampak tak excited nak tahu result why aku xperiod before this...6 month beb tak gile ke? huhuhuhu.... doa xhenti nie time tunggu doctor... fuh berpeluh aku.

Stelah habis sesi pendaftaran, aku pun menunggu doctor dari pkul 2 ptg smpai la pukul 4 ptg lama beb...fuhhh menyirap smpai nak tido dah aku. Masa tu nombor giliran 4, . memang sudah tahu akan lambat. Biasalah klinik panel yang time to see gyne doctor hanya hari selasa shj.. Kena paham dan kena berkorban dengan orang lain yang juga menunggu macam aku.time tu hanya 10 orang patient shj jumpa dengan dia...

Tunggu punya tunggu dan tunggu, nama aku pun dipanggil. Masa tu aku tengok jam dah pukul 3.45 ptg. Nasib baik ada kawan sembang..hahahha tak la boring sangat, kalo tidak sure boring tahap gaban. Terima kasih la geng seangkatan ku.

Akhirnya aku masuk dan happy bila tgk doctor yang ada kat dalam tu doctor perempuan dan sangat frendly....Aku pun ceritakan kepada doctor perihal ke”spotting”an aku tu dan kesemuanya. Pastu dia tnya berat badan aku. Sejujurnya aku dah lama x cek berat badan aku. Masa diet2 tu aku timbang dalam 75kg, ragu-ragu dengan jawapan aku, doctor suruh bwk nurse untuk cek berat badan. Hurm memang bukan kejutan AF lagi bila tahu berat badan aku naik 9.4 kilo bersamaan dengan argh!!!!!!!!! gemokkk woiii. Malas la nak ckp kan, korang sendiri kira la deyh..hehehe.

Pastu doctor siap kira BMI aku. Dengan ketinggian 169cm. Mesti lah obese kan kalo aku x silap? Dah..dah x payah kira mmg aku obese la tuh. N then dia nak buat scan, abdominal scan. Lepas tu dia suh baring, baru jer mau baring then dia suruh terus bukak sluar then epas ni mau buat Scan perut macam preggy tu pulak. Alamak, berdebarnya aku, sebelum ni hanya dengar cerita2 orang, skrg ni aku pulak kena cek mcm ni.

Pastu bila dah sambil dia scan aku nye perut tu, dia pun terangkan la...Pastu dia sebut bebel kat aku itu ini tupppp dia tunjuk something dia ckp mcm nie "u punya rahim dan ovary sama besar" aku pun macam blur je dengar pastu dia ckp u ada this “POLYCYSTIC OVARIES”..Huh, aku pun terus tanya doctor. “Apa doctor? Saya ada PCOS?” Doctor tu pun hairan then tnya aku ‘Eh, macam mana ko tahu pasal PCOS?.Masa tu aku dah start sedih. Muka terus berubah. Ya Allah, selama ni aku dengar cerita orang pasal PCOS dan masa tu jugak aku berdoa dijauhkan dapat penyakit ni alih2 skarang aku pulak yang ada PCOS.redha ya allah.

Bila doctor tgk reaksi aku dah berubah, dia pun comfort kan aku. Dia cakap “jangan risau, ini bukan bermaksud ada PCOS tidak boleh mengandung, rahim kamu ok, good. TIADA APA YANG PERLU DIBIMBANGKAN.cuma ur weight n hormon problem sebab tu ovari aku bengkak sebab hormon aku dan ganggu overall sistem rahim aku..sebab tu la period aku 6 month xdatang,

Itu kata doctor, lah :( Sebenarnya, masa dia terangkan tu, aku x berapa paham sangat. Masa dalam bilik sebelah dia kata aku ada PCOS. Pastu aku tanya “confirm ke aku ada PCOS? Then dia kata “kelihatan ovari kamu mcm ada PCOS. Apa pasal ada “kelihatan’..Aku pun bingung mana satu yang betul ni. Doctor bagitahu lagi, if you didn’t get your ideal weight, then your hormone akan  imbalance lagi. So you have to watch your weight. Unless right now, kamu dah menuju ke arah PCOS. That’s y period kamu jadi irregular. Tu smua sebab berat badan kamu berlebihan. so now aku kene kurusssssssssss!!!!!!!!!!!!!!

I really didn’t get this. I know you are super busy with lots of patient to attend, but please explain carefully to your patient. This is about their life. They deserved to know what is happening.‘PCOS ini hanya sindrom. Ada biji2 kecil dalam ovari kamu, sekiranya berat badan kamu tidak ideal, dia akan effect hormone kamu dan membuatkan this PCOS akan contribute masalah lain pulak antaranya susah nak conceive.

So, aku pun terdiam lepas tu. X tau apa lagi yang harus aku tanya. Then doctor suruh choose, ada 2 solution untuk aku.

Pertama – doctor akan bagi ubat hormone untuk stopkan spotting2 aku ni dan tujuan utama untuk seimbangkan kembali hormone aku. But doctor kata sampai bila aku nak bergantung dengan ubat hormone ni. Pastu dia cakap pulak bila dia bagi ubat hormone ni “kamu tidak boleh mengandung”. Apa doctor “saya tidak boleh mengandung sampai bila2?” Doctor tu senyum n cakap ‘Bukan, pil hormone yg sy bagi tu “pil perancang”. Mcm mana kamu boleh mengandung kalo kamu asyik ambil pil perancang. Ok, itu aku paham.

Kedua- doctor suruh aku turunkan berat badan. Paling bagus dan ideal berat aku dalam 60kg. kalo tidak pun, at least berat aku dalam 65-70kg tu pun dah kita ok. Sebab apa doctor suruh turunkan berat badan, untuk membantu menyeimbangkan hormone aku kembali normal macam dlu dan menyenangkan aku untuk pregnant. Dia siap ugut aku lagi “hah, kalo kamu mahu pregnant kamu mesti turun berat badan yer, kalo tidak kamu susah mau mengandung nanti”.

So, aku kan nak sangat mengandung, mesti lah aku pilih SOLUTION YANG KE-2...

So, doctor cakap next appointment kamu bulan disember 15/12/2015 nnt. 1 bulan dari sekarang. Make sure u turun berat badan macam saya cakap yer. Dengan nada cikgu suruh buat kerja rumah kalo tidak nanti cikgu denda. N cepat2 pregnant yer. Kalo boleh masa kamu datang nnt kamu pregnant. Ingat cepat2 pregnant as soon as possible. Doctor ni cakap macam tu, mcm la aku ni planning. Dia ingt aku nak honeymoon2, nak enjoy2 dlu ke?

Doctor, That’s y sy datang spital ni tnya kenapa tak period. Sbb aku rasa period irrigular ni yang buat aku susah nak pregnant. Kan? Tapi doctor ni beria2 suruh aku pregnant cepat2. ingat pregnant tu macam bila sardine dkt giant ker??semua nk baby cepat.

Masa aku keluar dari bilik doctor, sempat lagi doctor tu ingatkan. Cepat2 pregnant yer? Good luck.



Share:

Khamis, 29 Oktober 2015

ohh!!! MENSTRUAL PRO

ha nie aku nk story sikit pasal masalah period aku...korg smua tahu sebelum nie aku problem period after miscarriage ha nie aku nak citer sikit dalam aku busy duk cari penyelesaian supaya period aku keluar natrual bak kata doctor.aku pun terjumpa la something dekat Facebook ha ni aku citer sikit produk apa aku jumpa.

Menstrual Pro untuk kesuburan rahim

Keistemawaan produk menstrual Pro adalah produk khas rumusan doktor dan gynae untuk menjaga kesihatan dan kesuburan rahim. Kajian telah dilakukan ke atas bahan2 produk ini selama 1 tahun di lab PPUM. En. Omar ( founder ) telah pun memperkenalkan produk ini pada ramai wanita secara offline di hospital dengan bantuan jururawat dan mengumpulkan banyak testimoni berjaya hamil dengan izin Allah. Setelah menjalankan kajian terperinci dan kualiti produk menstrual pro dipasarkan secara online pada 2015 untuk membantu lebih ramai wanita untuk berjaya hamil. Sudah terbukti kebanyakan wanita yang menggunakan produk ini berjaya hamil dengan izin Allah. Alhamdulillah. haaa,so aku gyne pun aku dh jumpa tapi akibat appoitnment aku lambat sangat dia set 17/11/2015 aku decide untuk cari alternatif lain bg period aku keluar dengan jayanya.mudahakan dan kedua aku hope dapat detox and cuci rahim aku dari segala kekotoran...ya allah.




ha nie la yang aku minum tu... harga pun tak mahal dalam RM80 So mampu milik 
nie kebaikan dia korg leh baca sendiri.

Bagimana menstrual pro (MP) membantu :
MP bertindak menstabilkan hormon-hormon wanita dari rembesan kelenjar pituatari dengan hormon yang stabil ini. Ovulasi pula akan beransur pulih bagi yang mempunyai masalah haid tidak teratur. Kotoran atau infeksi infeksi pada rahim juga akan tersingkir dan menyediakan rahim yang kuat seterusnya bersedia untuk hamil.

Siapa yang memerlukan produk ini ?
* wanita yg ingin hamil dan umur kurang 39 tahun.
* wanita sengugut teruk, pcos, ovarian cyst, endometriosis, rahim kecut dll yg tidak kritikal.
* wanita yg haid tidak teratur
* wanita yg ada masalah hormon
* wanita obesiti yg perlukan booster utk stabilkan hormon rahim

Kandungan Produk:
* manjakani extract
* saffron extract
* evening primrose extract ( tidak sama dgn evening primrose oil)
* lady,s mantle extracts
* licorice fine root
************************************************************
ha.. so aku dh pun cuba dalam proses pemulihan
tp yang sangat best air nie dia nye bau sedap mango peach ke oren peach ntah tp serius sedap tak da la susah nak telan ka...korg telan pun macam air masak je..
ajaibkan...hahha xmanis pun dengan syrat bancuh dengan air suam bukan air panas.

setelah dibancuh taraaaaaaaa.... like orange but okie n mudah untuk ditelan
hanya 2 scoop mengunung bukan leper ye...then bancuh.
***********************************************************************
korang nak tengok testimoni korg click sini : TESTIMONI HERE
so far aku makan this utk 1st day nak cakap rasa tindak balas dia tu tak tahu la nak cakap tp time aku minum tu feel dia after 30 minit area ari-ari ke ovari aku belah kiri titibe denyut-denyut but tak heavy denyut la just mild je. aku start minum 28/10/2015 malam jam 10 malam. nk bagi tahu result dia pun xtau lagi sebab baru tp refer dari testimoni smua mengujakan..so iktiar tu allah suka,jangan syg duit now pikiran aku hanya pikir sihat and dapat baby je. mudahan 2016 ada  rezeki buat ku "Jr10" mommy & daddy

so if kawan2 nak cuba boleh call akk nie
kak maya  / 011.2638.9770
akk nie yang jual kat aku..but sgt bguh n best dia membantu


Share:

Khamis, 22 Oktober 2015

Kenapa tak bahagia?


Sedar-sedar dah 2 tahun 7 month saya berkahwin dengan suami. Dalam tempoh 2 tahun tu banyak sangat dugaan dalam perkahwinan kami terutamanya selepas saya pregnant dan keguguran.ya allah macam-macam dugaan allah berika tp sabar je, Kelam kabut kehidupan dibuatnya. Penat toksah cerita tapi saya takde tempat pun nak mengadu hanya diari alam maya saya nie je tempat saya mengadu..nak mengadu dengan mak tak mungkin sama sekali. Stress sangat masa ya allah ditambah dengan faktor kesihatan saya sekarang 5 bulan tanpa kehadiran miss "P". Stress dengan tempat kerja yang menuntut kerja disiapkan on time dan bila balik ke rumah saya stress dengan orang di sekeliling yang tidak memahami. serta stresssss dengan studie yang sudah pasti nak habis final sem nie..ya allah dugaan betul.stresssssss sgt...tu pasal la kot period saya delay smpai 5 bulan sebab sy byk pikir hal2 mendatang kot

Sekarang pun kadang-kala dugaan datang menduga. Terutamanya diduga dari segi kewangan dan suami yang kadang tidak memahami apa yang saya mahu. Sebenarnya kat sini dari segi tekanan memang takde. Yelah takde sebab tak kerja kan. Saya mengurus perihal  rumahtangga , dan sebagainya tp demi allah saya tidak pernah terpikir untuk mengungkit smua itu dan hanya sabar dlm diri nie. 

Baru-baru ni, saya terbaca punca kenapa mudahnya berlaku perceraian di kalangan golongan pasangan suami isteri muda. Ada beberapa poin yang sangat-sangat saya setuju.tp ini bukan pasal perihal suami saya atau pun sesiapa hanya perkongsian yang saya dapat dr blog org lain utk dikongsi bersama..
adalah tidak baik tu aibkan suami kite kan...baik buruk dia suami dan bakal bapa kepada anak yang bakal kite lahirkan dari rahim kita nanti.
insallah rezeki allah tu luas dan besar pada manusia yang bersabar.

1) Suami tidak memahami kehendak isteri - Suami langsung tidak bertanya keadaan isteri di rumah. Tidak cuba bertanya aktiviti isteri dan anak sewaktu ketidakberadaan suami di rumah. Suami cubalah luangkan masa tanya apa yang isteri nak. Tak salah ambil hati isteri pun daripada duk berdiam diri tonton perlawanan bola sepak je atau pun tido. Ini menyebabkan isteri memendam rasa dan menyimpan benci terhadap suami.

2) Suami tidak menunjukkan kasih sayang - Kasih sayang di sini tidak bermaksud suami kena duk peluk cium isteri doplohmpatjam. Sekadar memeluk isteri sebelum atau selepas pulang dari tempat kerja sudah memadai. Ataupun memuji masakan isteri. Isteri tentu bahagia bila merasa disayangi oleh suami. Jadi, jangan kedekut untuk mengucapkan anda sayang isteri atau memberitahu betapa sedap masakannya walaupun tak ler beh mana pong. hehehe

3) Suami tidak pandai bergurau - Bergurau sangat penting dalam memeriahkan hubungan. Jangan terlalu 'sejuk' dengan isteri. Kesian isteri, dah la duk rumah jaga anak, badan bau ikan duk siang ikan kat dapo... Kurang-kurang lepas balik keje tu sambil santai tengok tivi ajak lah isteri berborak dan bergurau dengannya. Erm, kalau bergurau tu cuba lah elak gurau kasar berkaitan fizikal isteri. Mau kena libas dengan penyapu bang!

4) Masalah kewangan - Ini punca utama keruntuhan rumahtangga. Siapa pun tak boleh lari daripada masalah kewangan di awal perkahwinan. Jadi pandai-pandai lah urus kewangan rumahtangga. Suami kalau boleh jangan sorok daripada pengetahuan isteri kemana duit mengalir. Adik beradik atau ibu bapa cuba elakkan mendesak anak membuat loan semata untuk menampung lifestyle mewah. Dah la suruh buat loan lepas tu boleh pulak buat-buat lupa nak bayar. Kesian la kat abang/anak. 

5) Keluarga campur tangan - Minta maaf kalau ada yang terasa, no 5 ni sedikit sebanyak jadi penyumbang keruntuhan rumahtangga. Bila anak/adik beradik kawen tu terimalah pasangan mereka seadanya. Kalau nampak kak/adik ipar kat dapo tolong lah mereka. Bukan memerap dalam bilik buat ntah hape2 dan lepas makanan siap baru turun. Mereka bukan BIBIK hokkeh. Jangan dok anggap kak/adik ipar ni orang luar. Jangan dok syok sendiri hidup di awang-awangan. Mak mertua pon toksah la benda remeh temeh nak tegur nak perli macam takde benda lain nak buat kan. Banyak lagi perkara penting nak fikir dan buat. Perkahwinan ni perlu satu nakhoda ja. Kalau ada dua nahkoda kapal pon karam. Terima ahli baru keluarga kita tu dengan hati terbuka. Bukan pon dia nak bawak lari abang/kakak kita. Kalo dok ada fikiran negatif benda negatif tu la yang jadi. Patutnya hubungan mesra dah jadi tawar. Hubungan bila dah tawar sukar nak pulih. Last2 laki bini bergaduh sebab bini/suami duk stress dengan layanan mertua yang teruk. Last-last cerai. Nak ke anak kita bercerai? Tak nak kan?

6) Kurang amal agama - Suami bila di rumah ajak lah isteri solat jemaah sama-sama. Baca Quran sama-sama. Tegur tajwid dan bacaan isteri. Mesti lebih bertaut kasih sayang tu. Ajar anak-anak baca muqadam. Kadang tu suami boleh juga baca satu petikan hadis lepas solat dan ajar isteri sedikit sebanyak tentang hukum hakam. Tak perlu la sampai sejam berceramah. Cukup 5 minit selepas solat maghrib sementara tunggu solat Isya'. Best kan? Suami dapat pahala isteri pun dapat pahala. Sejuk rumahtangga. 

7) Suami pemalas - Suami please jangan malas bila kahwin. Tolong isteri sidai baju pun isteri dah bersyukur. Takpun lepas isteri masak tolong lah basuh pinggan. Sian isteri dah la nak makan pun tak senang sebab anak duk berpaut kat kaki sambil nangis. Cuba ringankan beban isteri. Mesti isteri tersentuh hati dia sebab tengok suami ringan tulang. Mak mertua jangan lak bila tengok anak lelaki buat kerja mula la perli-perli menantu konon menantu ni pemalas dan reti arah suami je. Rumahtangga sekarang takleh harap satu pihak je. Dua-dua kena berganding bahu untuk ringan beban. Zaman old school dah berlalu. Beri peluang. Alhamdulillah suami saya rajin sangat bantu saya di rumah. 

8) Suami isteri kurang luangkan masa berdua - Sekali sekala keluar dating berdua. Ehem macam dejavu jer. hahahaha! Pergi lah dating sekejap dengan suami. Mesti rasa macam bercinta sebab dah bertahun-tahun keluar mesti ada bodyguard kecil kan duk mengiring doplohmpatjam. Kalau kat Malaysia boleh minta bantuan keluarga untuk jaga sekejap anak sementara kita keluar dengan suami. Kat sini saya keluar dengan suami waktu LH pergi sekolah. Sekolah sini 9 pagi - 3.15 petang. Jadi ambil kesempatan yang ada untuk menghangatkan kembali cinta (cewah ayat takleh blah). Saya baru first time keluar berdua dengan suami setelah 3 tahun 4 bulan tak keluar berdua bersama cakap macam ni kat suami "eh macam masa dating dulu la by". Ada kawan masa kerja dulu cakap dia susah nak tinggal anak kat rumah sebab rindu lah kesian lah kat anak... Erm for me kesian kat rumahtangga kita dulu. Sekali sekala je pun bukan selalu. Apa salahnya kan. 

Wah panjang lebar la pulak. Setakat ni benda-benda kat atas tu saya dah rasa. Sabar ni semua dugaan sementara. Ni semua hasutan syaitonnnn. Jangan terlalu ikut perasaan nanti kita yang merana. Pujuk hati, kadang orang memang nak kita bercerai berai hidup merana. tapi demi allah sudah ditentukan jodoh buat saya dan suami maka saya redah dan terima kerna sudah tertulis di aras nama kami berdua...mungkin dengan kehadiran baby kami nanti smua ini akan pulih seperti sedia kala.

Misal kata ada gangguan luar seperti no 5 tu kenalah banyak bersabar walaupun makan hati. Pesan mak saya "bersabar dan buat tak tahu". :) Senang cakap kan tapi nak melakukannya cukup sukar.

Harap suami yang membaca dapat lah ilmu sedikitkan. Asyik duk tulis pos pi melancong sana sini ja saya ni, takpun tulis pasal LH ja. Sekali sekala tulis macam ni best jugak. Ingatan untuk saya dan kawan-kawan semua. 

Kadang tu bila berdepan masalah kat sini, saya rasa nak pergi jauh sejauh-jauh yang saya boleh. Saya tak nak hadap semua tu, tak nak tengok suami. Tak nak buat apapun. Kalau boleh nak beku masa biar masalah tu berhenti mengganggu. Tapi tulah fikir-fikir syaitan akan sentiasa cuba menghasut untuk meruntuhkan rumahtangga kita. Kalau tak setuju poin-poin kat atas tu biaq pi hang la. Ni pendapat saya jer. Pandai-pandai hang la kemudi rumahtangga hang. 

Mudah-mudahan perkahwinan ini sentiasa berada dalam kasih sayangNya, diberkati ke akhir usia dan bahagia hingga Jannah. :) dijauhi syitonnn yang direjammm , amin

Wah dah macam blog penceramah bebas la pulekkk. Hehehehe :) untuk hilangkan stresss yang melanda saya nei ya allah.terasa lega sedikit.
Share: