Sedar-sedar dah 2 tahun 7 month saya berkahwin dengan suami. Dalam tempoh 2 tahun tu banyak sangat dugaan dalam perkahwinan kami terutamanya selepas saya pregnant dan keguguran.ya allah macam-macam dugaan allah berika tp sabar je, Kelam kabut kehidupan dibuatnya. Penat toksah cerita tapi saya takde tempat pun nak mengadu hanya diari alam maya saya nie je tempat saya mengadu..nak mengadu dengan mak tak mungkin sama sekali. Stress sangat masa ya allah ditambah dengan faktor kesihatan saya sekarang 5 bulan tanpa kehadiran miss "P". Stress dengan tempat kerja yang menuntut kerja disiapkan on time dan bila balik ke rumah saya stress dengan orang di sekeliling yang tidak memahami. serta stresssss dengan studie yang sudah pasti nak habis final sem nie..ya allah dugaan betul.stresssssss sgt...tu pasal la kot period saya delay smpai 5 bulan sebab sy byk pikir hal2 mendatang kot
Sekarang pun kadang-kala dugaan datang
menduga. Terutamanya diduga dari segi kewangan dan suami yang kadang
tidak memahami apa yang saya mahu. Sebenarnya kat sini dari segi tekanan
memang takde. Yelah takde sebab tak kerja kan. Saya mengurus perihal rumahtangga , dan sebagainya tp demi allah saya tidak pernah terpikir untuk mengungkit smua itu dan hanya sabar dlm diri nie.
Baru-baru ni, saya terbaca punca kenapa
mudahnya berlaku perceraian di kalangan golongan pasangan suami isteri
muda. Ada beberapa poin yang sangat-sangat saya setuju.tp ini bukan pasal perihal suami saya atau pun sesiapa hanya perkongsian yang saya dapat dr blog org lain utk dikongsi bersama..
adalah tidak baik tu aibkan suami kite kan...baik buruk dia suami dan bakal bapa kepada anak yang bakal kite lahirkan dari rahim kita nanti.
insallah rezeki allah tu luas dan besar pada manusia yang bersabar.
adalah tidak baik tu aibkan suami kite kan...baik buruk dia suami dan bakal bapa kepada anak yang bakal kite lahirkan dari rahim kita nanti.
insallah rezeki allah tu luas dan besar pada manusia yang bersabar.
1) Suami tidak memahami kehendak isteri -
Suami langsung tidak bertanya keadaan isteri di rumah. Tidak cuba
bertanya aktiviti isteri dan anak sewaktu ketidakberadaan suami di
rumah. Suami cubalah luangkan masa tanya apa yang isteri nak. Tak salah
ambil hati isteri pun daripada duk berdiam diri tonton perlawanan bola
sepak je atau pun tido. Ini menyebabkan isteri memendam rasa dan
menyimpan benci terhadap suami.
2) Suami tidak menunjukkan kasih sayang -
Kasih sayang di sini tidak bermaksud suami kena duk peluk cium isteri
doplohmpatjam. Sekadar memeluk isteri sebelum atau selepas pulang dari
tempat kerja sudah memadai. Ataupun memuji masakan isteri. Isteri tentu
bahagia bila merasa disayangi oleh suami. Jadi, jangan kedekut untuk
mengucapkan anda sayang isteri atau memberitahu betapa sedap masakannya
walaupun tak ler beh mana pong. hehehe
3) Suami tidak pandai bergurau -
Bergurau sangat penting dalam memeriahkan hubungan. Jangan terlalu
'sejuk' dengan isteri. Kesian isteri, dah la duk rumah jaga anak, badan
bau ikan duk siang ikan kat dapo... Kurang-kurang lepas balik keje tu
sambil santai tengok tivi ajak lah isteri berborak dan bergurau
dengannya. Erm, kalau bergurau tu cuba lah elak gurau kasar berkaitan
fizikal isteri. Mau kena libas dengan penyapu bang!
4) Masalah kewangan - Ini punca utama
keruntuhan rumahtangga. Siapa pun tak boleh lari daripada masalah
kewangan di awal perkahwinan. Jadi pandai-pandai lah urus kewangan
rumahtangga. Suami kalau boleh jangan sorok daripada pengetahuan isteri
kemana duit mengalir. Adik beradik atau ibu bapa cuba elakkan mendesak
anak membuat loan semata untuk menampung lifestyle mewah. Dah la suruh
buat loan lepas tu boleh pulak buat-buat lupa nak bayar. Kesian la kat
abang/anak.
5) Keluarga campur tangan - Minta maaf
kalau ada yang terasa, no 5 ni sedikit sebanyak jadi penyumbang
keruntuhan rumahtangga. Bila anak/adik beradik kawen tu terimalah
pasangan mereka seadanya. Kalau nampak kak/adik ipar kat dapo tolong lah
mereka. Bukan memerap dalam bilik buat ntah hape2 dan lepas makanan
siap baru turun. Mereka bukan BIBIK hokkeh. Jangan dok anggap kak/adik
ipar ni orang luar. Jangan dok syok sendiri hidup di awang-awangan. Mak
mertua pon toksah la benda remeh temeh nak tegur nak perli macam takde
benda lain nak buat kan. Banyak lagi perkara penting nak fikir dan buat.
Perkahwinan ni perlu satu nakhoda ja. Kalau ada dua nahkoda kapal pon
karam. Terima ahli baru keluarga kita tu dengan hati terbuka. Bukan pon
dia nak bawak lari abang/kakak kita. Kalo dok ada fikiran negatif benda
negatif tu la yang jadi. Patutnya hubungan mesra dah jadi tawar.
Hubungan bila dah tawar sukar nak pulih. Last2 laki bini bergaduh sebab
bini/suami duk stress dengan layanan mertua yang teruk. Last-last cerai.
Nak ke anak kita bercerai? Tak nak kan?
6) Kurang amal agama - Suami bila di
rumah ajak lah isteri solat jemaah sama-sama. Baca Quran sama-sama.
Tegur tajwid dan bacaan isteri. Mesti lebih bertaut kasih sayang tu.
Ajar anak-anak baca muqadam. Kadang tu suami boleh juga baca satu
petikan hadis lepas solat dan ajar isteri sedikit sebanyak tentang hukum
hakam. Tak perlu la sampai sejam berceramah. Cukup 5 minit selepas
solat maghrib sementara tunggu solat Isya'. Best kan? Suami dapat pahala
isteri pun dapat pahala. Sejuk rumahtangga.
7) Suami pemalas - Suami please jangan
malas bila kahwin. Tolong isteri sidai baju pun isteri dah bersyukur.
Takpun lepas isteri masak tolong lah basuh pinggan. Sian isteri dah la
nak makan pun tak senang sebab anak duk berpaut kat kaki sambil nangis.
Cuba ringankan beban isteri. Mesti isteri tersentuh hati dia sebab
tengok suami ringan tulang. Mak mertua jangan lak bila tengok anak
lelaki buat kerja mula la perli-perli menantu konon menantu ni pemalas
dan reti arah suami je. Rumahtangga sekarang takleh harap satu pihak je.
Dua-dua kena berganding bahu untuk ringan beban. Zaman old school dah
berlalu. Beri peluang. Alhamdulillah suami saya rajin sangat bantu saya
di rumah.
8) Suami isteri kurang luangkan masa
berdua - Sekali sekala keluar dating berdua. Ehem macam dejavu jer.
hahahaha! Pergi lah dating sekejap dengan suami. Mesti rasa macam
bercinta sebab dah bertahun-tahun keluar mesti ada bodyguard kecil kan
duk mengiring doplohmpatjam. Kalau kat Malaysia boleh minta bantuan
keluarga untuk jaga sekejap anak sementara kita keluar dengan suami. Kat
sini saya keluar dengan suami waktu LH pergi sekolah. Sekolah sini 9
pagi - 3.15 petang. Jadi ambil kesempatan yang ada untuk menghangatkan
kembali cinta (cewah ayat takleh blah). Saya baru first time keluar
berdua dengan suami setelah 3 tahun 4 bulan tak keluar berdua bersama
cakap macam ni kat suami "eh macam masa dating dulu la by". Ada kawan
masa kerja dulu cakap dia susah nak tinggal anak kat rumah sebab rindu
lah kesian lah kat anak... Erm for me kesian kat rumahtangga kita dulu.
Sekali sekala je pun bukan selalu. Apa salahnya kan.
Wah panjang lebar la pulak. Setakat ni
benda-benda kat atas tu saya dah rasa. Sabar ni semua dugaan sementara.
Ni semua hasutan syaitonnnn. Jangan terlalu ikut perasaan nanti kita
yang merana. Pujuk hati, kadang orang memang nak kita bercerai berai
hidup merana. tapi demi allah sudah ditentukan jodoh buat saya dan suami maka saya redah dan terima kerna sudah tertulis di aras nama kami berdua...mungkin dengan kehadiran baby kami nanti smua ini akan pulih seperti sedia kala.
Misal kata ada gangguan luar seperti no 5
tu kenalah banyak bersabar walaupun makan hati. Pesan mak saya
"bersabar dan buat tak tahu". :) Senang cakap kan tapi nak melakukannya
cukup sukar.
Harap suami yang membaca dapat lah ilmu
sedikitkan. Asyik duk tulis pos pi melancong sana sini ja saya ni,
takpun tulis pasal LH ja. Sekali sekala tulis macam ni best jugak.
Ingatan untuk saya dan kawan-kawan semua.
Kadang tu bila berdepan masalah kat
sini, saya rasa nak pergi jauh sejauh-jauh yang saya boleh. Saya tak nak
hadap semua tu, tak nak tengok suami. Tak nak buat apapun. Kalau boleh
nak beku masa biar masalah tu berhenti mengganggu. Tapi tulah
fikir-fikir syaitan akan sentiasa cuba menghasut untuk meruntuhkan
rumahtangga kita. Kalau tak setuju poin-poin kat atas tu biaq pi hang
la. Ni pendapat saya jer. Pandai-pandai hang la kemudi rumahtangga
hang.
Mudah-mudahan perkahwinan ini sentiasa berada dalam kasih sayangNya, diberkati ke akhir usia dan bahagia hingga Jannah. :) dijauhi syitonnn yang direjammm , amin
Wah dah macam blog penceramah bebas la pulekkk. Hehehehe :) untuk hilangkan stresss yang melanda saya nei ya allah.terasa lega sedikit.
0 comments:
Catat Ulasan