blog aku kali ni mengenai UPT (urine pregnant test). Cube korang tengok gambar di atas, memang boleh nampak kan line lagi 1 tapi tapi samar... kalo guna mata kasar kita memang boleh nampak la...hehehe, last aku preggy time aku 2014 tu last aku dpt UPT Test positive aku... yang terang berderang lagi fuh... time tu allah je tahu perasaan aku..
dan time tu jugak la UPT aku dpt detect after delay 3 month period.
semenjak aku kawen 22.03.2013 hingga ke arini "da nak masuk 4 taun" dan da berpuluh UPT aku beli tp hasilnya memang negatif,nak nampak samar2 pun tak de la kan jelma pun tak nakk but i'm strong girl..herhhhe.. tapi??? ni je la UPT aku yang kuar line lagi 1, wlaupun samar. UPT ni aku cek time pagi sabtu time tu aku dh delay period 3 hari.. saje test,selepas 2 hari aku dapat khabar gembirasahabat aku mengandung , walaupun aku yang "eksited" tentang kehamilan dorang, tapi hati aku sebenarnya sedih (T_T) huwahhhhh!!!! tapi aku tak nak la tunjuk, aku ni kan kuat orangnye..ceh!ceh!ceh!!!
but insallah rezeki aku ada, cuma allah je yang tahu
aku test UPT ni petang 15/04/13 (Sabtu), banyak orang kata kalo test pagi lagi accurate,tapi aku ni cube je cuma aku check tu tak da la pagi sangat dalam pukul 11 pgai.. hehehhehe. lepas je aku celop benda ni, aku tengok macam 1 je yang naik + tgk mcm upt otw rosak naik tak naik je line, then aku pun mandi,sebab aku tau keputusannya, maklumla aku ni memg period tak teratur walaupun da 15hari aku lewat. sebelum kuar toilet aku saja je tengok2 mana tau ada double line tiba2 aku macam perasan ada 2 line, tapi tak nak la layan perasaan mungkin tersalah,sebab samar
perasaan aku kuat untuk tengok betul2 UPT tu, terperanjat aku, sekali tengok memang ada 2 line, aku tak nak happy sangat takut kecewa,bagi aku ini adalah permulaan Allah nak tunjuk pada aku. aku senyap je malam tu, tak bagitahu suami pun,takut aku salah tangok, sampai la keesokan paginya aku tengok lagi sekali memang ada line lagi aku pun tunjukkan suami, aku tanya dia "abg nampak 1 ke 2 line?...dia cakap 2 line tapi lagi satu kabur...kenapa ni dia tanya aku, aku cakap la mungkin kalo 2 ni +ve tapi dia kata jangan happy sangat takut kecewa, aku pun angguk..
lepas aku test tu ada jugak aku prvt mesej tny kwn mintak pandangan... bukan nk riak tp utk lebih berhati kalu preggy aku dh leh persiapkan diri bila aku tanya dorga nampak berapa line? jawapan yang sama dari dorg cakap macam 2line tapi samar.. aku pun senyum je. mana la tau mungkin rezeki aku setelah hampir 4tahun kawen dan pelbagai ikhtiar aku cube.. dalam masa sama aku amik progesterone cream + royal V.. mungkin asbab kalu btuk aku preggy adalah atas usaha aku nie kot.. demi zuriatku.
disebabkan ramai kawan-kawan yang aku tanya pendapat dorang,so dorang suruh aku check lagi 1-2 week sebab samar2, then dorang mintak aku berhati2 and the same time suh aku cek pagi sok, so aku pun ikutla kata dorang semua.., esok paginya aku pun buat lagi sekali, tup2... _ Negetif result aku dapat... mungkin hormon kot.
hah!! negatif, clear tau...xde pun samar2,sikit pun idok ada..huwaaaaahhhh!!! ingat nak g klinik tanya masalah aku ni, tapi sebelum pergi aku kene mine set dlu takut kecewa hookey!! mind set bahawa aku memang tak mengandung, mungkin UPT tu salah, aku yang kene positif...erm..maklumlah semenjak da kawen hampir 4 tahun ni pengalaman mengajar kita lebih tabah, redha dengan ketentuan-Nya, Allah tu Maha Adil, Dia tahu tahap kemampuan kita untuk menjadi seorang ibu dan juga ayah..aku suka dengan kata-kata dari blog2 yang aku telah baca, "selagi kita belum datang haid,selagi tu kita berdoa agar peroleh zuriat, mana la tau dia sorok2 dalam rahim kita" so, jangan la sesekali makan ubat turunkan period, sebab aku ada baca ramai yang tak tahu pun dia mengandung, tup..tup!!! dia keguguran.
Jangan putus asa berusaha serta berdoa untuk peroleh zuriat, jika da rezeki, akan datang jua, Allah telah merancang perjalanan hidup kita dengan baik sekali.. Allah itu Maha Adil dan Maha mengetahui. semoga Allah perkenankan doa hamba-Mu ini untuk mendapat zuriat dari benih dan rahim ku sendiri.. Amin Ya Rabbal Alamin.
0 comments:
Catat Ulasan