Polycystic
Ovarian Syndrome (PCOS) adalah penyebab biasa di dalam masalah kesuburan
wanita dan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. PCOS adalah satu
situasi di mana ovari menjadi bengkak akibat benih terperangkap di dalam
ovari dan tidak boleh menetas pada hari subur. Apabila ini berlaku,
lama kelamaan, wanita berkenaan akan mengalami masalah haid dan akhirnya
menjadi punca kepada masalah kesuburan.
Antara simptom PCOS
✔ Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama.
✔ Sukar untuk hamil
✔ Jerawat
✔ Peningkatan bulu pada wajah dan badan
✔ Kegemukan
✔ Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari
✔ Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama.
✔ Sukar untuk hamil
✔ Jerawat
✔ Peningkatan bulu pada wajah dan badan
✔ Kegemukan
✔ Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari
Antara punca PCOS
✔ Punca penyakit adalah tidak diketahui namun ia mungkin terjadi secara semulajadi yang mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal penghasilkan hormon.
✔Faktor pemakanan (Tabiat pemakanan tinggi karbohidrat, gula, perisa dan pengawet)
✔Stress atau tekanan kerja
Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?
1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.
5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Bagaimana Ia terjadi?
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.
Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.
Cara mengatasi
Kajian mendapati salah satu cara berkesan untuk mengatasi masalah PCOS adalah dengan mengurangkan berat badan, dan terdapat juga cara lain untuk meningkatkan kesuburan disebabkan PCOS iaitu suppliment utk adan seperti ubat hormon dan sebagainya
Kajian mendapati salah satu cara berkesan untuk mengatasi masalah PCOS adalah dengan mengurangkan berat badan, dan terdapat juga cara lain untuk meningkatkan kesuburan disebabkan PCOS iaitu suppliment utk adan seperti ubat hormon dan sebagainya
0 comments:
Catat Ulasan