Khamis, 25 Oktober 2012

Preparation will be start Now

Dewan Majlis Aku dan Si Dia bakal Berlangsung : komplek sukan desa tasik



Aturcara Majlis 23 Mac 2013

 9.45 pagi

: Majlis Akad Nikah dijalankan 
- Lokasi : Masjid Al-Mukarabbin Bandar Tasik Selatan

11.45 pagi

: Ketibaan tetamu (Lagu-lagu pengantin & Gamelan)
- aluan kedatangan tetamu sahaja MC PA SISTEM
1.30 petang

: Ketibaan Mempelai dan Pihak Lelaki (Kompang) MC - Blum Select Lagi
: Kompang / bersanding (2-3 minit)
: Bacaan doa oleh Ustaz


: Merenjis: (Lagu-lagu Gamelan sahaja)
- Pihak Lelaki & pihak Perempuan
: Makan Beradap (Lagu-lagu romantik)
: upacara memotong kek (Lagu rindu – Kerispatih)

(Lagu-lagu pengantin,& romantik English & Malay)
MC PA SISTEM: Bergambar bersama keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan
: keberangkatan pulang keluarga pihak lelaki
: Bergambar bersama keluarga pihak perempuan

4.30 petang

: Majlis selesai



Antara lagu2 yg aku pilih:
Dua Insan (eva & ezad)
I Finally found someone (barbra striesand & brian adam)
Lagu Rindu (Kerispatih)
Bagaikan Sakti (Siti Nurhaliza & M.Nasir)
Tercipta Untukku (Ungu feat Rossa)
Share:

Khamis, 18 Oktober 2012

Counting Day

Daisypath Wedding tickers 
Sedar tak sedar cuma tinggal lebih,Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 5 bulan sebelum ecah bergelar isteri orang (Insyaallah)..23hb Mac 2013 tarikh keramat buat ecah & tunang,Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang isteri. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini.Ibu ayah di rumah pun dah mula menyebut-nyebut perancangan demi perancangan untuk walimah Ecah dan Encik Tunang..

ecah pulak skunk baru masuk sambung belajr semester 1 baru tu pun dalam sibuk-sibuk belajar dan buat persediaan nak exam tak lama lagi, masih sempat tuliskan idea-idea yang terlintas untuk majlis nanti..ye la, walaupun majlis tu hanya sehari akan tetapi persiapan nak menghadapinya maak aii..boleh tahan banyak jugak lah aspek yang perlu diambil kira..Encik Tunang pun dari awal lagi dah pesan, sejak persiapan tunang sampai persiapan nak kahwin ni, niatkan dengan benda-benda yang baik saja..Niat nak kahwin untuk ikut sunnah nabi, Insyaallah akan dapat pahala dan dipermudahkan sepanjang-panjang apa yang kita usahakan ni.. :D so akan berserderhana sahaja..xnk grand cukup lah sekadar lepas ijab dan kabul.

Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya.

sebelum ni ecah ada jugak sertakan checklist sebagai rujukan buat teman-teman yang bakal menempuh zon persediaan ke arah walimah nanti..so leh
view : http://echa-rahim.blogspot.com/2012/10/checklist-persiapan-majlis-perkahwinan.html

Walaubagaimanpun, senarai semak ni fleksibel dan hanya secara kasar..bergantung pada masa yang anda ada..Kalau tempoh bertunang sampai ke kenduri kahwin kurang dari 6 bulan, kena lah percepatkan mana-mana persiapan yang dirasakan patut..

Yang penting elakkan pembaziran kerana untuk mendapat keberkatan dalam mahligai rumahtangga yang berpanjangan, mesti bermula dari permulaan yang suci dari murka ALLAH..

Di samping menyiapkan segala persiapan tu..sentiasalah minta izin dengan ALLAH sebelum mulakan langkah dan jangan bosan untuk ucap terima kasih dengan DIA atas segala kudrat yang ada yaa.. ;)

~~ALHAMDULILLAH..TQVM ALLAH..WE LOVE U ALLAH~~

Share:

Rabu, 17 Oktober 2012

Jerih-Perih Bergelar Pelajar PJJ

WARNING!!! Entry ini sangat panjang! Kalau tak nak baca! Lebih baik jangan mula!! ;) 

15 October 2012.
Im going to start my  firts class for this new semester after lama meniggalkan zaman studie ku...phuii....adoiiiii.patutnya awal-awal dulu dh sambung nie x nak tunggu masuk keje dulu nah amik kau after 4 tahun meniggalkan zaman persekolah orang ckp.lembap,blur.bengap..dan seangkatan dengannye.Masa Memang Benar-Benar Mendewasakan Kita! OPpss,disini apa yg aku boleh cakap..ya allah menjadi student PJJ bukan senang..serius aku br je mula semester 1 dan sudah terasa down..ya allah tuhan sahaja yang tahu apa yang aku pikirkan sekarang nie.tp demi masa depan aku dah bakal membentuk keluarga pada masa akan datang aku kene tempuh sedaya upaya..and cuba gembirkan apa yg terdaya.hope echa berjaya...chaiyok...chaiyok..(nampka happykn diri sendiri)

macam-macam aku pikir skunk ni..baru selesai 2 kelas.ya allah cam nk pengsan je rasa nie.so skunk ni
if korang smua nk tahu skunk ni dak2 kelas aku smua dah mula rasa cam aku mampukah kami smua melakukan,boleh kah aku lalui n korbankan masa ku demi masa depan..jawapan dia "YA" common echa kau kene cuba...baru first sem..insallah kau boleh...
yang merungsingkn aku ialah "OH MY ENGLISH" nak tahu sebab apa...aku ni bukan la nk ckp power English seriously english hancussss...adoiii tp sikit setakat nk broken tu leh la... ya allah berikan aku kekuatan...tlg lah hamba mu ini.tp xpe aku selalu motivated diri aku pantang menyerah sebelum ajal...huyooo ayat..
hari ni dh hari ketiga asyik citer studies je..kdg balik je kelas cam nk nagis. yg lebih best time 1st kelas balik je dah macam stresss ya allah.mana tak nye 1st kelas dh dpt assigment n group pastu teringkat plak lecture tu " PROF RAHAYU" mungkin prof ni aku akan ingt dia smpai bile2 la kot sbd introduce 1st kelas aku dia lah yg buat aku cuak cam budak darjah satu. TAPI yang super duper susahnya, mood mood mood...orang yang dah keja ni....mood nak buat assignment...mood nak study tu...hanya Allah yang tahu....susah nya nak dapat mood untuk kita buat semua tu...walaupun yang nak perlu ingat untuk exam tu sejemput je...tapi memang susah nak ingat! macam makan semut...mungkin masa fulltime student dulu...dalam kepala hanya study je kan...tapi bila dah keja ni, banyak benda yang kita fikir dalam kepala...memang ni lah cabaran terbesar yang aku kene hadapi....nie tengah pikir nie macam mana nak mula buat assignment, mood tak datang-datang sampai kita kena push diri kita jugak untuk buat! nak study apetah lagi kan...cer korang bayangkan Walaubagaimanapun, saya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk merasa menjadi student,tp student PJJ la ek..

Mostly dak2 PJJ ni semua dah berumur yang nampak macam pangkat2 besar so macam ada gap nak cakap dengan diorang sebab kami still muda so nak interact tu cam tetakut lak,,muehee.PJJ ni kena ada daya ketahanan mental dan physical yang kuat sebab kita kena belajar sendiri.. Bolehkah daku?? Kena bagi boleh la itu la jawapannya.. kalau tak boleh..buat sampai boleh la... no other choice lor
(ok gmbr ni adalah google sebab sah-sah bukan aku study finance accounting itu)
skunk ni kene letak "moto diri " UKM DIHATIKU,adoiiii
Skunk ni dlm idup aku hanya ni je mampu aku ckp dan support dari en tunang aku.
Please Don't Give Up echa....Believe Yourself...Kena Tetap Pendirian! Jangan Hangat2 Tahi Ayam!! ops!! ;) Kena Kuat Semangat! Dan Jangan Pernah Sesekali Pun Mengalah! Allah pasti membantu kita...InsyaAllah ;)
amin. 
Daisypath Graduation tickers
bersambung.............
Share:

oBses Nak chantek kan...


Heyyy korang! Pernah dengar INCHLOSS tak? Nak tau untuk apa produk ni?
Haaaa..ni echa nak cerita sikit.. Perkenalkan produk terbaru yg makin mendapat sambutan masa kini!
WANGI ! 
TIADA BAHAN KIMIA!
MUDAH DIGUNAKAN!
TIDAK PANAS!
DIJAMIN BERKESAN!
INCHLOSS LOTION by Felinna Beauty sejenis sapuan yg berbau harum dan amat berkesan utk mendapatkan tubuh badan yang langsing & cantik!

INCHLOSS ni sangat best tau sebab ianya...

1- Wangi
2- Tiada bahan kimia
3- Mudah digunakan
4- Tidak panas
5- Berkesan
6- harga yang sangat berpatutan mampu milik.

Hanya dgn sapuan, korang akan memiliki tubuh badan yg langsing! Seeeee? Amazing kan??heheh so ni ada sikit testimonial yg mane feedback dari meraka yang mecuba..heheh
 ni le pengasas Felinna,... awsome kan...smpai aku pun teruja...
kat bawah ni testimonial yang cuba felinna..baik kan....feedback yang mereka berikan terbaik oiii
TESTIMONI INCHLOSS
 

 HARGA

  RM 75 /180 ml (sem)
            RM 80 /180 ml (sbh/swak)
 
so,jomlah beli sekarang ! produk ni sangat berkesan dan diakui ramai orang..

berminat?

PM/inbox/sms/whatsapp/email now: 016 4143644 /amyshashoppe@gmail.com (Sha)

ha ni plak produk fokus kt muka,duk syok google last jumpa produk ni nama dia A-Dha Skin Care...tanpa segan silunye terus call n order,wowowo, xsaba nk experiment kan muka ku yg rentung ni..
ye la orang nak kawin la katakan...kene la cun n lawa kan..so tinggal 5 bulan je lagi kan..
kene cepat2 cunkan diri.
nk tgk cam ne set dear???????????
 ni lo produk tu...hihh so nantikan muka ku yer


 
Share:

Isnin, 15 Oktober 2012

Checklist Persiapan Majlis Perkahwinan

rasanya dah bape puluh kali belek-belek buku merah ni tapi tak tahu nak tulis apa. last-last decide jadikan buku merah ni sebagai buku checklist bride-to-be. antara checklist-cheklist yang patut ada dalam buku ni (ececehhh) adalah treng teng teng :

Tarikh :
Nikah - 23 Mac 2013
Resepsi - sama hari dengan nikah - 23 Mac 2013
Bertandang - kenduri Doa Selamat 30 Mac 2013

Tema :
Nikah - YELLOW Soft
Resepsi - Turquoise Tiffany + Silver Maybe
Bertandang - ???????

Legal Documents :
Kursus Kawen - done!
HIV test - pending
Borang kebenaran nikah - pending
Dokumen-dokumen berkaitan - pending

Venue :
Nikah - Masjid Al-muqarrabin
Resepsi - Dewan DBKL Desa Tasik Sungai Besi
Bertandang - Kg Puah - Gombak

Catering/Canopy :
Nikah & Resepsi - Kota Anggerik Katering
Bertandang - Restu Katering Gombak

Pelamin :
NIkah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman tinie OR Pink Butterfly Gallery ( Maybe)

Photographer :
NIkah & Resepsi - PAA'AN photographer

Wedding Outfits :
Nikah - Baju Kurung Moden
Resepsi - Butik Andaman Pengantin Remaja
Dress - Lace
Tudung - shawl maybe?
Veil - DIY maybe?
Shoe - sendiri/butik punya
Accessories - butik punya

Bertandang :
Dress - pending/baju belum hantar jahit
Tudung - pending
Veil - pending
Shoe - pending
Accessories - pending

Make Up :
Nikah & Resepsi - Butik Pengantin Andaman tinie OR Pink Butterfly Gallery ( Maybe)
Bertandang - pending

Doorgift :
Nikah - xde
Resepsi - 
Bertandang - Pending

Bunga Pahar/Bunga Manggar :
Nikah - pending
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Hantaran :
Bilangan dulang Lelaki - 9 dulang
Bilangan dulang Perempuan - 7 dulang
 
Batal Air Sembahyang Utk Nikah :
For Him - Cincin
For Her - Gelang + Rantai Leher + Subang

Invitation Card :
Guest for both sides - Pertama Kompleks shope

Cake :
Majlis potong cake - Kota Anggerik Katering

Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi :
Jurunikah - pending
Saksi - pending
Pembaca doa semasa Resepsi - pending
Pembaca doa semasa bertandang - pending

Hand bouquet :
Nikah - Butik maybe?
Resepsi - Butik

Guest List :
Nikah - Family + Rakan Terdekat Sahaja
Resepsi - pending
Bertandang - pending

Kompang/Entertainment :
Kompang - Ezhar Group
CD of song/PA system - Kota Anggerik

Pengapit/Bridemaids/Bestman :
Nikah -mimie + Linda
 
Pengapit Resepsi - pending
her -
him -

Bilik Pengantin :
Katil - pending
Decoration - pending
Bunga Rampai - pending

Facial/Massage - pending

Honeymoon :
Date - 25 Mac 2013
Location - rahsia
Tickets - fully sponsored 
Accomodations - pending

okla tu. rasa dah cukup kot. banyakkkkkkkk sangat dah tu kan. ok, yang ni aku copy bulat-bulat dari someone. aku just taip semua je. tapi aku dah lupa dari blog sape. sori sis!. heeee
nota kaki : yang pending tu maksudnya belum decide lagi. tapi nyang dah declare tak semestinya confirm. heeeee bye :)
Share:

Selasa, 18 September 2012

Cuti 4 hari : Buat apa?

Cuti 4 hari : Buat apa?

Harini dah kerja [Selasa,18/09/12]…betul-betul berat rasa nak pergi kerja..Almaklumlah baru lepas cuti 4 hari dari Jumaat sampai la hari Isnin….Cuti kaw..kaw...punye memang banyak diisi bersama en'Tunangi…hari baru sempat nak update blog..eheheh...so cam ne ek nk mulakan ni...

Sebabnya, kalau kat rumah tu memang tak ter’update’ blog ni……Hari Jumaat tu saya n en tunang awal-awal pagi dh siap kuar nk ke serdang..hahah nk tau kami buat apa....disebabkan en tunang jadi coach untuk KPJ hOSPITAL..so hari jumaat tu adalah dimana sukan KPJ satu m'sia dijalan kan..en'tunang ajar futsal untuk KPJ kl so kene le ge kasi supprot n briefing sikit kt player.lepas abis je kt serdang bergegas balik umh...bdn dh bau apa dh..berlegas je rasa,,dengan tak makan pagi..adoiiii....doiii..balik tu en'tunang megantuk so dia suruh aku drive.aku pun drive la apa lg..tp sebenarnya aku pun mengantuk jugak...sambil bawak kete mata aku terlelap..terlelap la jugak kan..adoiiii...sampai ke tempat makan..aku kejutkan en tunang dia leh ckp "eh dh smpai..lajunye syg bawk" aku ketawa sinis je..so tu untuk hari jumaat..hari sabtu lak 

ha.ni story hari sabtu plak..pagi je aku dh siap mandi nak kuar g sport planet ampang..
huuhuh,nk tau kenapa aku kesana sebab en tunang der grand final revive..futsal lagi.
dunia aku ni asyikk futsal..futsalll je la.. nak buat cam ne dh itu yang aku pilih so kene le ikut kan
berlakikan pemain bola..so idup bola...bak kata iklan coca cola..tido bola,mandi bola,makan bola..
semua bolaa....bolaaa la..
ok...nk jadi citer team en tunang menaggung kekalahan...
hahah..so apa lagi dh kalah balik le kan.
aku pun bergegas balik n terus siap2 nk pergi open house umh
cik LYn kite...hehehe ..sampai je umh lyn.
trus makan...makan snap pci berangkat ke bangi lak
full btul la schedule aku hari tu
mana xnye en'tunang ada frendly dengan team mane ntah
tp time tu en'tunang main dengan Abg Edry KRU....Kira team KRU Lah
1st game kene 2-0...tp lepas 2nd n 3rd game
amik koooo dorang bantai team tu 4-2
sebab apa,sbd 1st gama tu pakcik2 boroiii je main.
2nd n 3rd game pemain2 yg power main tu pasal menang.
last sekli lepak minum kejap ngan abg edry kt sg ramal
lepas lepak terus pergi open house umh cik Mimie lak
kt cheras...mkn smpai tersandor weh...last terus tido kt situ smpai kul 5pg baru balik,
adoiiii...gile kentang...
hari ahad plak bgun kul 12 tgh hari mana tidaknya dh balik jam 5pg
so bgun pun lewat..adoiii sadong teruk
bagun je mandi2 siap terus ke PAVILLION...
HEHEHE...nak makan TEPPANYAKI 
en tunang pun ok je bawak je makan..
eehheh,tq ye...sambil tu tunggu 3 org lagi kwn ntahlo
berjam jugk tunggu dari kul 2 sampai kul 4 baru sampai
huhuh..gile
nak jadi citer lepas dorg smapi tunggu dorg makan
kami pun meneruskan perjalanan ke Fahrenheit..shopping sakan jugak lah aku
kt Branded oUTLET,KOPAKK..kopakkk...
sambil shopping tunggu cik Mimie n geng smpai
sampai je dorg kami terus gerak balik umah
en tunang nak tukar baju...sebab nak pergi raya Umh
Nas...hehehhe hahaha korang nk tau x umh sapa
open house umh allahyarhamah Datuk Sosilawati..WOW
awsome gile umah dia...makanan tak tahu la nk cakap.
terlalu banyak sampai x termakan...tp yang best nya
ada SHISHA...hehehe,
dh siap2 makan salam..dpat palak duit raya,,
special gile..kecik besar...tua muda dapat duit raya weh
thank you NAS.
 jam dh kul 10 malam raya tetap x habis2 lagi..aku 
dan en'tunang ontheway ek rumah
peyampai radio n pengacara plak
sapa cuba korg teka?????????..heehe... 
sape lagi CiK fEeya Iskandar kite.
kembung perut weh makan.
pukul 1 pagi jugak la kami balik,balik dari tu
en tunang main snooker....sampai kul 4pagi
ya allah,aku smapi tertido dalam kete
gerrrrrrrrrrrr....am gile :( 
Hari isnin plak citernye lain
aku memang dh plan nk ge umah baru aku
penara...sbd nk grill dinding umh pasang langsir smua
hehehhe...so kul 12 bagun je mandi siap
gerak g penara.
 akhirnye...langsir dah pasang
 

Share:

Khamis, 13 September 2012

Checklist Sebelum Majlis

CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN

EVENT DETAILS

Checklist kahwin lagi 6 bulan

Salam pembuka bicara..

Hari ini 20.1.2012. Genap 2 bulan kami telah bertunang. 2 bulan ke baru. hekhek. Jadi hari ini, saya nak update checklist urusan kahwin. Dan ya, seperti tajuk di atas. Tarikh kahwin serta nikah telah bertukar. Bukan lagi 10.11.12. Dan impian nak bernikah pada 9.11.12 pada ulang tahun cinta kali ke2, punah!

Tarikh
- Nikah         : 22 Mac 2013
- Resepsi       : 23 Mac2012
- Bertandang : Pending

Tempat
- Nikah         : Masjid masjid al-muqarrabin bandar tasik selatan
- Resepsi      :  Dewan DBKL Desa Tasik,Sungai Besi
- Bertandang : Kampuang Puah,Gombak

Masa
- Nikah         : Lepas lepas asar. Pending
- Resepsi      : 11am - 4pm (Sanding pukul 12 tengah hari)
- Bertandang : Pending

Warna tema
- Nikah         : soft yellow + peach + white
- Resepsi       :Terqouis + Pink
- Bertandang : Pending

Hal-hal penting
- Duit hantaran  : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. Done
- Mas kahwin    : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. Done
- Tok kadi        : Pending. (lambat lagi. hahaha)
- Hantaran (untuk saya) : 9 dulang
- Hantaran (untuk Z)      : 11 dulang


Kursus kahwin & dokumen penting
- Kursus kahwin (saya) : Done
- HIV test                : Pending
- Borang nikah             : Pending
- Borang Tok Kadi      : Pending
- Borang lain-lain         : Pending

Jumlah tetamu
- Nikah    : Keluarga terdekat, rakan-rakan tersayang, jiran-jiran, bakal keluarga (max 350)
- Resepsi : Anggaran 1800 tetamu
- Bertandang : 100.pax

Jamuan
- Nikah         : pending
- Resepsi       : pending
- Bertandang :pending

Dewan
- Nikah         : pending
- Resepsi       : Done Booking

Kek kahwin
- Nikah         : pending
- Resepsi       : pending
- Bertandang : pending

Kad jemputan
- Nikah         : DIY. Pending
- Resepsi       : pending .
                     : Lain-lain = Dalam perbincangan. Pending
- Bertandang : Orang kampung = DIY untuk xxx keping. Pending.
                     : Lain-lain = Dalam perbincangan. Pending

* Vendor      : pending

Aturcara
- Nikah         : Pending
- Resepsi       : Pending
- Bertandang : Pending

Senarai tetamu
- Nikah         : On progress. Pending
- Resepsi       : On progress. Pending
- Bertandang : Pending

Mekap
- Nikah         : Pending. Mak suruh cari MUA bukan butik.
- Resepsi       : Pending. Sama macam atas.
- Bertandang : Pending

Henna artist
- Nikah         : Pending
- Bertandang : Pending

Tema pelamin dan hiasan
- Nikah         : pending
- Resepsi       :pending
- Bertandang : Pending

* Vendor nikah + resepsi : On top of list. pending
* Vendor bertandang : Pending

Persalinan pengantin

a) Kain dan bahan
- Nikah         : pending
- Resepsi       : pending
- Bertandang : Pending

b) Design
- Nikah         : pending
- Resepsi       : pending
- Bertandang : Pending

c) Tailor
- Nikah         : Saya = Pending. Undecided yet. Veil: done
                     : Z = Done
- Resepsi       : Pending for both. Minggu depan baru hantar
- Bertandang : Pending for both

* Vendor untuk baju resepsi : elyn creation
* Vendor untuk baju bertandang : Pending

d) Kasut
- Nikah         : Saya = Pending. Rasa macam tak perlu beli baru.
                     : Z = Pending
- Resepsi       : Saya = Pending. Tunggu baju siap
                     : Z = Pending. Tunggu baju siap
- Bertandang : Pending. Rasa macam tak perlu beli baru

Pengapit / dayang
- Nikah         : Pending. On listing for dayang
- Resepsi       : Pending. Confuse nak assign siapa. wuwu
- Bertandang : Pending

Family attire
- Nikah         : Pink dan purple
- Resepsi       : Soft yellow dan peach
- Bertandang : Pending

Pengapit attire : Pending

Hiasan hantaran
- Untuk saya : Consider done
- Untuk Z     : DIY

Official photographer (OP)
- Nikah         : Consider done. Pak su's task and sepupu Z's task. Bayar printing album je.
- Resepsi       : Consider done. Pak su dan sepupu Z. Extra: hire Mylo Bandong Couture Photographer
- Bertandang : Consider done. Pak su dan sepupu Z. Bayar kos printing album je.

* Vendor : Frelance photographer (Pak su dan sepupu Z) dan Mylo Bandong Couture

Official Videographer (OV)
- Save the date : DIY. Pending
- Nikah            : Done. Full payment masa delivery the video
- Resepsi         : Done. Full paymet masa delivery the video
- Bertandang    : Sedare Z. Not yet confirm.

* Vendor : Anwar Artwork

Doorgift
- Nikah         :  None. Tapi ada upah tok kadi dan saksi. Pending for upah
- Resepsi       : Dewasa = Pending. Belum beli lagi. Idea dah ada. hehe
                     : Kids      = Pending. DIY. hehu
- Bertandang : Pending
- Penanggah  : Pending

Bunga pahar
- Resepsi       : Consider done. Mak's task.
- Bertandang : Pending

Handbouquet
- Nikah         : DIY. Pending
- Resepsi       : DIY. Pending
- Bertandang : Pending

Hiburan
- PA system : Consider done. Ayah's task
- Kompang  : Consider done. Ayah's task
- Bertandang : Pending

Hal lain-lain
- Penunjuk arah         : Pending
- Bunting dan banner : i like card
- Guestbook              : DIY. Pending
- Photo canvas          : Pending
- Welcome signage    : Pending.
- Bunga Manggar       : DIY. Pending
- Corsage                  : DIY. Pending

Penginapan
- Pengantin     : Felda Residence Hot Spring Resort
- Family lelaki : Felda Residence House or resthouse MRSM Felda
- Kawan-kawan : Homestay free dari vendor kanopi
- Family perempuan : Z's task. Untuk resepsi di Pahang

Tambahan
- Kos pengangkutan : Consider done
- Spa  : Pending
- Dental : Pending

Honeymoon
- Tarikh : 25 mac 2013
- Tempat : Koh Samui / Krabi / Phuket / perhentian
- Flight : Air asia. Pending
- Tentatif : Pending.

Share: