Khamis, 18 Oktober 2012

Counting Day

Daisypath Wedding tickers 
Sedar tak sedar cuma tinggal lebih,Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 5 bulan sebelum ecah bergelar isteri orang (Insyaallah)..23hb Mac 2013 tarikh keramat buat ecah & tunang,Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang isteri. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini.Ibu ayah di rumah pun dah mula menyebut-nyebut perancangan demi perancangan untuk walimah Ecah dan Encik Tunang..

ecah pulak skunk baru masuk sambung belajr semester 1 baru tu pun dalam sibuk-sibuk belajar dan buat persediaan nak exam tak lama lagi, masih sempat tuliskan idea-idea yang terlintas untuk majlis nanti..ye la, walaupun majlis tu hanya sehari akan tetapi persiapan nak menghadapinya maak aii..boleh tahan banyak jugak lah aspek yang perlu diambil kira..Encik Tunang pun dari awal lagi dah pesan, sejak persiapan tunang sampai persiapan nak kahwin ni, niatkan dengan benda-benda yang baik saja..Niat nak kahwin untuk ikut sunnah nabi, Insyaallah akan dapat pahala dan dipermudahkan sepanjang-panjang apa yang kita usahakan ni.. :D so akan berserderhana sahaja..xnk grand cukup lah sekadar lepas ijab dan kabul.

Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya.

sebelum ni ecah ada jugak sertakan checklist sebagai rujukan buat teman-teman yang bakal menempuh zon persediaan ke arah walimah nanti..so leh
view : http://echa-rahim.blogspot.com/2012/10/checklist-persiapan-majlis-perkahwinan.html

Walaubagaimanpun, senarai semak ni fleksibel dan hanya secara kasar..bergantung pada masa yang anda ada..Kalau tempoh bertunang sampai ke kenduri kahwin kurang dari 6 bulan, kena lah percepatkan mana-mana persiapan yang dirasakan patut..

Yang penting elakkan pembaziran kerana untuk mendapat keberkatan dalam mahligai rumahtangga yang berpanjangan, mesti bermula dari permulaan yang suci dari murka ALLAH..

Di samping menyiapkan segala persiapan tu..sentiasalah minta izin dengan ALLAH sebelum mulakan langkah dan jangan bosan untuk ucap terima kasih dengan DIA atas segala kudrat yang ada yaa.. ;)

~~ALHAMDULILLAH..TQVM ALLAH..WE LOVE U ALLAH~~

Share:

0 comments:

Catat Ulasan