Salam.
Saja nak share my own experience. dulu sebelum mengandung, tiap kali hujung-hujung cycle tangan rajin je google tanda-tanda awal mengandung. antara yang di kenal dipelajari hasil google'an adalah loya, muntah, pening rasa nak pitam, krem perut spotting pink, breast rasa bengkak, nipple sakit, sensitif terhadap bau-bauan dan sebagainya yang banyak di internet ni ha. ni yang biasa dijumpai la.
My own simptom plak adalah seperti berikut;
1. Krem perut seminggu sebelum my UPT positive. krem perut yang orang kata ala-ala sama macam senggugut. Sebelum ni tak pernah senggugut, kalau ade pon rasa menyucuk yang sekejap di ari-ari, then comfirm period, dan bile period, akan rasa tak selesa di ari-ari la time awal period. So yang ini adalah pengalaman pertama, sebab tu buat bodoh je. Perut memang mengelodak, tapi time tu ingat sebab puasa maybe gastrik ke hapa. siap kena berhenti membuat kerja bagi melayan sakit yang mengila.
2. Dalam tempoh seminggu juga sebelum positif, aku sangat sensitif dengan bau segala serbuk pencuci atau detergen atau pembersin pinggan dan juga shower. Satu lagi dengan minyak rambut lelaki dan deodorant laki aku. Terasa sangat kuat pulak sampaikan ade a few days aku tak bagi akak cleaner mop bilik aku bila aku berada di dalam bilik. aku just bagitahu bilik aku tak yah mop ari tu, tapi kalau aku tak duduk dalam bilik, or dia dah mop time aku keluar aku biarkan pintu terbuka bagi bau dia hilang. Aku masa tu terfikir yang cleaner ni dah tukar detergen yang lain kot. Dan juga aku boleh bau makcik or kakak yang baru basuh kain telekung even dia tak duduk pon sebelah aku. Aku assume je laa, sebab masa menunggu solat isyak sebelum terawikh tu, depan belakang kiri kanan aku takde orang, ade yang berdekatan je, tu pon aku leh bau-bau lagi, tapi sekali lagi aku assume dia baru pas cuci dan suka letak detergen banyak-banyak. Minyak rambut plak aku sangat tak suka bau minyak rambut laki aku yang dulu aku suka sangat. serta telah beberapa kali menegur staff aku yang minyak rambut dia bau kuat gile tiap kali masuk bilik nak jumpa aku. tetiba aku tidak suka bau sunlight yang aku selalu guna untuk basuh pinggan walaupon sudah berpuluh tahun aku guna jenis yang sam tak de masalah pon.
3. Jerawat muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan di dahi aku. part dahi je, part muka dan pipi mulus gitu. Selalu kalau dah dekat nak period dia naik jugak seketul dua. ni hamboi, sungguh bermaharaja lela sedang pon aku dah tak makan goreng-goreng sangat time puasa tu.
4. di saat 2 hari sebelum positif, ngilu-ngilu gitu dekat vagina. ni aku tak pernah rasa.
5. badan serasa panas seperti nak demam tapi tak demam terutamanya di petang hari.
6. Sebelum positif, aku sungguh menepati masa, nak pergi terawikh, aku dah siap bertelekung di luar rumah bising-bising suami aku lambat siap. Juga di awal pagi nak pergi kerja. Tapi kini sudah malas kembali sebab aku pergi kerja naik kereta sendiri sebab laki aku dah bawak motosikal ke tempat kerja. (ni pon kira simptom ka hahaha)
7. Sungguh gemar memakan nasi dan minum air kosong banyak-banyak. Mungkin sebab bulan puasa kot, sebab aku rasa penat gila berpuasa kalau tak makan nasi dan minum air. Sekarang nasi aku terima, tapi air kosong kejap je boleh masuk lam badan, kejap lagi dia menjolok-jolok nak kuar.
8. Kadang-kadang rasa penat la, tapi aku ingat sebab puasa je kot.
9. sengal di ari-ari ni terasa bila dah comfirm positif.
10. tepat hari pertama week 6, aku dah muntah-muntah. sampai sekarang cuma sekarang week 13 kurang dah sikit.
11. angin yang banyak pada minggu ke 5, 6, 7, sendawa dan kentut (hihihihi), bila sendawa rasa nak muntah tu hilang, atau bila dah muntah, rasa nak sendawa pon hilang.
12. sembelit, adoiii..
13. mengantuk terlebih. pukul 10 dah tidur. hehehe.
aku rasa tu je kot. hehehe. :)
******************************************
******************************************
bawah nie plak cycle leght aku punya period... on 31 period date aku .. then titibe on 20/9/2016 aku de bleeding sikit kuar mcm darah,,, apakah itu... :(
0 comments:
Catat Ulasan