Rabu, 1 Oktober 2014

DEMAM oh DEMAM

demam oh demam woiii

balik je dari kedah demam x kebah-kebah lg ni...MRS"p pun x kunjung tiba...adoiiii apakah nie?

HIKMAH DEMAM
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar.
Sebagaimana sebuah hadis yang daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata:
“Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”
MERAWAT DEMAM
Sejukkannya dengan Air
Al-Tirmizi meriwayatkan:
“Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk.Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
"Bismillahirrohmanirrohim..sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Seeloknya berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
JANGAN MENCELA DEMAM
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata:
“Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam pada Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
DEMAM SEPANJANG HAYAT
Suatu ketika sahabat Nabi saw iaitu Ubay bin Ka’ab merasakan demam, ia teringat akan sabda Nabi SAW yang pernah mengatakan bahawa setiap penyakit itu adalah penghapus dosa, maka ia pun berdoa,
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta, agar Engkau tidak menghilangkan demam panas ini dari tubuh Ubay bin Ka’ab, hingga aku bertemu dengan-Mu. Tetapi janganlah demam ini menghalangi aku dari solat, puasa, haji dan jihad di jalan-Mu.”
Maka Allah pun mengabulkan doanya kerana alhasil, jika ada orang lain yang bersentuhan dengannya atau memegang kulitnya, maka ia akan bisa merasakan panas demam dari Ubay bin Ka’ab. Dan itu berlangsung hingga akhir hayatnya.
Maa syaa allaah, luar biasa!
Share:

0 comments:

Catat Ulasan