ampun.
sangat lama tidak post entry sejak bulan lepas yang telah berlalu hampir setengah bulan.aku masih berada di sini.. maseh sibuk membuat perancangan hidup. macam-macam yang perlu di fikirkan.
masuk bulan januari mula menghitung hari insyaAllahmac menanti dengan lembaran baru :)
eksaited untuk itu.
trasa sangat banyak benda yang perlu di atur untuk tahun ni.
kelas tuisyen akan start lepas raya cina. rumah akan pindah masuk bulan 2. so kena sewa lori nak angkut semua tu.
hantar dokumen untuk keluarkan kereta b4 bulan 3. then bulan 3 juga akan bertukar status..
mana tak semak nak pk semua tu.
mana nak arrange studies. kerja ofis. mana nak pegi kelas lagi.
haih.
tapi dalam banyak kerja nak dibuat tu. berat badan tetap mantap. seumur hidup aku. tak pernah lagi cecah berat sekarang. peh2....sentap je..
sampaikan bila kluar dengan en abg, lepak2 dengan kawan2. semua tegur aku dah bam2. haha.
perasan gak ek diaorang. then terus risik2 dekat. camne kalau lepas kawen gemuk. ayt sedap aje dengar kat cuping telinga. dia sikit pun tak kisah. cuma soh kurangkan gendut perut. ehehe.
tapi serius dah maken boncet. owh2. tension skjp. camne kang kalo bersanding nampak muncet. tak mo la.
tak sampai pun 2 bulan dah. kami akan di ijab kabulkan. trasa sangat eksaited n gementar.
borang nikah belum setel.
tension pikirkan ni.
just nak share camne proses hantar borang nikah tu.
1. settle kan borang nikah tempat lelaki dl. macam aku. suami org kl gombak so kena la buat kat pjbt agama wilayah le.. kena sediakan borang selengkapnya. saksi borang 2 orang. pengesahan bujang. n test HIV. senang cerita memula pegi beli borang n ikut instruction yang terdapat dalam borang pihak lelaki.
2. dah settle pihak lelaki..borang semua tu serahkan pada pihak perempuan. macam aku lagi. aku orang KL so en abg kena dapatkan kebenaran nikah KL leee.. sekali dengan borang tadi akan dilampirkan surat kebenaran luar kawasan. pegi pejabat agama kl. then terus settlekan borang perempuan
apa yang perlu di siapkan ?
- HIV test - perlu buat di klinik or hospital kerajaan. sgt bersyukur sebab duduk kg. tak perlu tunggu lama..:)
- Isikan butir2 dalam borang nikah yang boleh di beli di mana-mana pejabat kadi or pejabat agama. harga RM 5
- sertakan sekali
- 2 salinan kad pengenalan pengantin perempuan
- 2 salinan kad pengenalan wali
- Akuan status bujang - yang ni boleh dapat dari tempat kerja or ketua kg
- Sijil kursus Pra Perkahwinan - asal dan 2 salinan (yang asal hanya untuk cop je..akan di pulang balik )
- Surat kebenaran nikah luar kawasan (di uruskan oleh pihak lelaki)
- dah siap semua dokumen..sila pergi ke pejabat agama, berpakaian menutup aurat.
- then bagi la kat kaunter tu semua borang. tunggu giliran untuk interview.
- Mengucap
- Doa Qunut
- Toharoh (bersuci, cth : niat mandi wajib)
- Muamalat
- Munakahat
- dah interview bayar RM 17 untuk sijil nikah dan borang yang perlu di serahkan pada imam nikah kahwin..:)
- booked tarikh nikah kat imam kahwin then settle..
iye.
itu je yang perlu di buat. settle.
aku pergi buat semua ni dengan en kesayangan aku. setiap kali lepas satu proses kat atas aku akan ckp dekat en syg :
dah boleh kawen da kite..
haha. gatal kan. tapi itu la keseronokan yang kami alami bersama.
sempat jugak aku pegi perbaharui IC dan buat pasport. semua settle seperti yang dijangkakan.
checklist untuk bulan ni
- dewan - confirmed
- catering n menu - confirmed by anggerik
- baju nikah - done
- baju sanding -
- PA sistem & DJ - booked
- Homestay - belum book
apa yang belum settle adalah
- goodie bag
- tempah venue nikah
- beli kek kahwin
- settle cruze
- spa
dan semoga 2 bulan sebelum itu, aku berjaya melakukan semua dengan jayanya.
:)
badan penat tapi hati suka