Isnin, 20 Oktober 2014

Tulang Rusuk Yang Bengkok

  •  
  • Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan.
  • Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus.
  • Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.
Share:

S.E.L.F.I.S.H

Hurm,klu cakap bab cinta wooo manis alam percintaan ni. Siapa yang lalui alam percintaan mesti faham kan? Dalam manis tu, kadang-kadang ada masamnya. Tadi masa melepak kat mamak, ada kawan (perempuan) tempat kerja tiba-tiba mengadu yang buat lidah ni jadi kelu nak menjawab secara spontan. "kenapa lelaki kebanyakannya mengutamakan kawan-kawan daripada bini nye sendiri". Takkan la nak jawab "laki ko tu GAY sebab itu la dia pentingkan kawan dia dari ko". Kalau jawapan tu keluar dari mulut pada saat tu, alamak memang terlantar kat ICU laa aku kene peyepak kaki dia dh le main bola kna... 

 So, apa pendapat korang semua???.. Mungkin ada yang setuju dan SEMESTINYA ada yang tidak setuju kan. SHARE la pendapat-pendapat bernas korang. Buat apa nak simpan kan, jangan sesekali kedekut tuk KOMEN-MOMEN-ROMEN, Haha..

so ni just nk share pompuan paling tak suka bila laki 

10 Perkara Dibenci Wanita

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita.
KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Share:

Finally Miss"P Kembali


Salam smue kakak2(upps ade abg2 x? uhuhu :))  dan kawan2 yang sama2 seangkatan berjuang mndptkn zuriat...chaiyok2x..ha ni nk sambung cter lepas delay period hampir 2 bulan...tp last datang hari ni on the dot kaww... 20 oct 2014... penantian satu peyeksaan kan..
bujet pregnant dh td...tp frust je -ve selalu..sedih tp tak pe la period dh dtg nie.

aku da brkhwin 1thn nk masuk 8 bulan..22hb ni genap la 8 bulan....masalah aku sama mcm kawan2 yg lain..irregular period..tp wlaupon irregular cik p mst datang tiap2 bln (except lpas kawen 2 bln xdtg..org kate hormon)..kan..kadang la jugak.

 
Ha...atas tu due aku nye cik"P 
tengok bertapa lama nak tunggu n nanti smpai delay 61hari...
alamak..mcm ne nk kira hari subur le tu..
erk...somebody help

kemusykilan aku, hari pertama last period saya 20/08 until now (20/10) cik p xdtg2 sebelum nie..buat upt negatif. negatiffff je memanjang klu buat hiv test negatif mmg itu yg d minta kan? tetapi buat upt test pe yg d khendaki bg pasangan2 d luar sana adalah positifff kan..bg yg nak baby.. mst ramai yg pnah n fhm situasi ini dgn saudara mara kawan2 asyik bertanye je..''dah ada?''..how stress it is? sabo je la..bg kawan2 smue jgn berputus asa..kita brjuang bsama2 ya..iktiar n usaha..insallah rezeki allah ada cuma lambat n cpt..
cehh..wah pujuk diri ni..hihihi

so today genap 2 bulan period xdatang n genap jugak la date sepatutnya datang 20/11/2014
miss"p aku muncul..alangkan terkejut nye aku....lorhhh...
tp xper lepas ni boleh ber"OPK la aku..then amalkan habbastussauda.
insallah ada rezeki aku..ada le si comel dlm perut ku nnt.
doakan ye
Share:

T.E.R.A.S.A

 Hati ni memberontak juga nak menulis tentang satu jenis sikap yang saya panggil penyakit. Penyakit ini merbahaya bukan sahaja pada tuan punya badan, malah ia memberi kesan kepada orang lain juga. Dan penyakit ini tiada ubat mahupun supplement yang boleh merawatnya. Hanya sikap tuan punya badan yang boleh merawat penyakit ni.ya allah...terlalu letih,tidak ada niat atau cuba mengaibakan sesiapa tapi ini hakikat dan lumrah hidup dimana kita kene sedia hadapai,kerna aku sudah tiada tempat untuk meluahkan..hanya disini sahaja yang mampu metemteramkan jiwaku dan juga yg maha esa.

sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang menimpa aku.. datang bertubi..tubi ya allah,..astaghfirullahilazim.muga ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa ku….tidak hairanlah bala kenapa allah tidak pernah memberikan rezeki kerna hanya kau yg tahu jawapan nya,..ingatan dan amaran dari Allah bagi yang menggunakan akal fikiran supaya berpikir sebelum terlambat
adakah kah ini hanya sementara buatku dan jodoh ku yg hanya sedetik utk tulang rusukku berpaut..
bengaikan mengalir airmata meluahkan segalanya..kerna aku tidak ada tmpt untuk mengadu segalanya
kerna hanya aku sendirian tanpa pertolongan mahupun pelindung diriku yg mutlah.
dan ketika taklik dibaca..akad dan nikah diterima.maka jatuhla tggjwb ayaku dan dilepaskan kepadanye
tp..ya allah hanya hati berbicara seketika..apa aku rasa. 

sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan rintangan,..

cukupla dengan keadaan aku sekarang...blom dikurniakan cahaya mata..tp aku redha keran hanya allah sahaja yg mengetahui...aku redha dan syukur..ada dan ketikanya aku resah dan sedih kerana tidak dpt merasai persaaan seperti ibu-ibu lain..hanya allah yg tahu.

SAYA berumur 22 tahun dan suami berusia 23 tahun.
Saya baru empat bulan mendirikan rumah tangga dan masih tinggal bersama keluarga mentua.

Saya mempunyai suami yang panas baran. Sejak awal pertunangan, suami sering menunjukkan sikap tidak menyenangkan tetapi kasih mengikat perkahwinan kami.

Namun, saya makin tawar hati dan kadangkala terasa seperti ingin berpisah. Kami selalu bertengkar kerana hal yang amat kecil.

Suami seorang yang ego dan sepanjang kami bergaduh tidak pernah dia memujuk atau meminta maaf. Saya yang selalu mengalah dan makan hati.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/KanunSyariah_Kecilhatisikapsuami/Article#sthash.J83Xvaym.dpuf
SAYA berumur 22 tahun dan suami berusia 23 tahun.
Saya baru empat bulan mendirikan rumah tangga dan masih tinggal bersama keluarga mentua.

Saya mempunyai suami yang panas baran. Sejak awal pertunangan, suami sering menunjukkan sikap tidak menyenangkan tetapi kasih mengikat perkahwinan kami.

Namun, saya makin tawar hati dan kadangkala terasa seperti ingin berpisah. Kami selalu bertengkar kerana hal yang amat kecil.

Suami seorang yang ego dan sepanjang kami bergaduh tidak pernah dia memujuk atau meminta maaf. Saya yang selalu mengalah dan makan hati.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/KanunSyariah_Kecilhatisikapsuami/Article#sthash.J83Xvaym.dpuf
SAYA berumur 22 tahun dan suami berusia 23 tahun.
Saya baru empat bulan mendirikan rumah tangga dan masih tinggal bersama keluarga mentua.

Saya mempunyai suami yang panas baran. Sejak awal pertunangan, suami sering menunjukkan sikap tidak menyenangkan tetapi kasih mengikat perkahwinan kami.

Namun, saya makin tawar hati dan kadangkala terasa seperti ingin berpisah. Kami selalu bertengkar kerana hal yang amat kecil.

Suami seorang yang ego dan sepanjang kami bergaduh tidak pernah dia memujuk atau meminta maaf. Saya yang selalu mengalah dan makan hati.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/KanunSyariah_Kecilhatisikapsuami/Article#sthash.J83Xvaym.dpuf
Share:

Jumaat, 17 Oktober 2014

2 month OFF period

 
Paling mendebarkan bagi perempuan normal yang dah berkahwin adalah apabila
delay period..sure ingat pregnant kan..OMG!!!but Bila pikir balik malas nk pikir..tp kene pikir jgk sebab miss"P dh nk masuk 2 bulan tak kunjung tiba..pregnant kah aku?check UPT  -VE hampa la sangat..bila la aku nk tersenyum mcm org lain bila tgk dua line muncul kan...
sedihnye hati.

Tapi Pikir balik ni da lama x period..dekat 2 bulan nie..
Masalah Haid lewat memang merunsingka aku sbd sejak azali period aku ting tong habis..tp xde la sbd ikut purata period aku utk tahu ini 2014 kejap ye

JAN - 1 hb
FEB - 15hb
MAC - tak datang langsung
APRIL - 15 hb
MAY - 13 hb
JUNE - 12 hb
JULY - 10 hb
OGOS - 20 hb
SEPTEMBER - tak datang langsung
OCTOBER - Still waitting miss"P
 
hamil ker aku?
tapi bila test negatif pulak.. stress betul..ya allah hanya tuhan je tahu betapa nye aku frust
mana taknya setahun 7 bulan nk masuk 8bulan kwin beb
Perkara nie bukan je baru kadang mmg berlaku kepada aku memang stress..
dah lewat 2 bulan korg tahu tak buat urine tapi negatif..

apa yang aku perasan, berat badan naik mendadak.. kalo tak silap dalam 1 bulan 3 kilo naik berat.. ish nie memang tak boleh jadi.kene kurus nie..tp nk makan sebarangan mmg tak la
sampai org tegur aku berisi..makan kuat..bila dah memang sah tak preggy apa la aku duk pikir akunk ni..Bimbang pulak nanti dapat fibroid or cyst..hope tak da la...nie nk ge cameron semoga period cpt n subur la kau...anak cameron kan
aku selalu baca nie.
Share:

Selasa, 7 Oktober 2014

Cuti...Holiday. Apa Plan?

heeheh update for today lagi..hehehe  lg 2 minggu punye cter
sebelum kite cuti selama 5 hari aku sempena Hari Deepavali nanti..heheheh
Ramai rakan-rakan aku dah plan nak pergi Thailand, nak pergi Kota Tinggi, nak pergi Trengganu nak pergi melaka...jpo bagai la..aku????? alamak tu duk plan ni nk ge mane?
any advice kawan?hahahhha
pening...pening...sbd apa pun duit...duit..oh duit

Tapi aku pula tak der plan..hehehhee
nak jugak sebenarnya jalan-jalan ngn husbdan
sementara dia x start liga lagi nie\
nanti dh busy tak dapat la weh
memang Aku senyum ajerla kan if dia dh start busy...

Nak lepak kat pantai , sekarang ni musim hujan ajer. Bahaya nanti!!!
Nak jalan jauh-jauh pula kereta aku kene service plak ni pun poket dah berbunyi duit syiling..hehehehehe.
Nak ajak adik-adik ipar lak,duk pikir jgak nie..Kalau tak boleh kongsi-kongsi  ramai-ramai jalan jauh-jauh sikit....hehehehe.

so korang tunggu je la apa plan aku cuti nanti n aku hupdate okie
byee.....byeee


Daisypath Vacation tickers
Share: