Jumaat, 14 Ogos 2020

I'M BACK AFTER BERSAWANG LAMA


Dah lama sangat tak berblog rasa last blog 2018 kot nie 2020 kembali... Setahun ke dua tahun lebih dah tinggalkan. Rindu tapi kesibukan pada tugasan membataskan segalanya huhu~ Sayang kalo nak tinggalkan blog terbengkalai lama-lama sebab dalam ni la saya cerita macam-macam pasal diri,ttc baby keluarga, apa yang terjadi lam hidup kami dan macam-macam lagi. Hopefully satu masa nanti anak-anak leh baca balik apa yang mummy dia coretkan dan jadi pengalaman manis untuk dorang. Ye lah time mummy dia tulis nie dorg pun lom lahir or belom diplan kn lagi oleh yang maha esa. Bila dah besar nanti dorang baca may b dorang akan teringat balik apa yang penah jadi masa zaman mummy & daddy dorg.


Untuk permulaan baru ni saya dah tuka template blog. Dah taknak fancy-fancy dah hehe~ biar minimalis, simple dan mudah dibaca. Takde lagi link-link yang panjang berjela-jela. Lagipun kebanyakan blog yang saya follow dulu pon cam dah terbengkalai lama gak hihihi~ (sama la kita huhu~)

So pada blogger baru rajin-rajin la follow saya (kalo sudi) dan saya confirm akan folo anda semua kembali. Leh kita share-share ideas about parenting.. anak-anak.. family dan lain-lain. Moga semua memperoleh manfaat aminnn~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi apa yang terjadi pada diri saya sekitar 2019 hingga 2020.. XoXo =)
Share:

Selasa, 3 April 2018

Si kaki Batu

rintihanku suamiku si kaki batu ... heheh

ni saja nak storie kejadia yang terjadi pada shuben aku... AKA.MR10.
citer dia mcm nie.. nak jadi citer after pulang dari phuket hari selasa dalam minggu tu jugak mr10 ada game kebetulan nak jadi citer sabtu mlm  dalam  24/3/2018 mlm dia game, yang peliknya entah la xtahu kat mana silap kene parap ke kene pijak kaki sebelah kanan dia pun aku xtahu la.. yang aku tahu dia ngadu sakit...so start hari ahad pagi tu bermulalah sesi ais kaki dia.. area buku lali.

Dalam masa Dua tiga hari sebelum itu dia duk ngadu lagi yang kaki dia sakit sangat yang bestnya nak pijak jalan pun tak boleh sakit sangat .. nak urut pun tak boleh.. hati aku dah tak tenang kepala aku dh pikir something.. xkn patah kot ? so nak jadi citer nak pastikan dia punya ankle btul ok maka aku balik keje x sempat nak rehat terus naik moto g spital HKL ngan dia.. yang bestnye shuben aku mampu bawak moto ek... see how strongmen my husband  :) 
Tanggal 28 Mac 2018
sampai je Hospital HKL aku pun apa lagi terus tuju ke kaunter untuk daftarkan bagi pihak dia memandangkan dia xleh nak jalan jauh dan sakit.. lepas daftar je aku terus amik kerusi roda utk sorong dia ke bilik untuk check.so sampai je no dah dipanggil untuk check tekanan dan mcm-mcm lagi la.. time budak attandent tu buat kt board tu aku xtahu la nama apa kuar dimana " HIGH BLOOD PRESSURE " tinggi... ( darah tinggi ) mabye sebab dia tahan sakit sangat kot bak kata doctor... so lepas doctor check dia pun xleh nak buat apa makan dia refer and bg surat untuk aku terus ke bahagian kecemasan dimana memandangkan tempat aku pergi tu HKL Titiwangsa X-RAY dah tutup jam 6 ptg.
maka terus amik surat pergi ke HKL sebelah sana plak... nak x nk kene naik moto...nak jadi citer time nak kuar tu tgk hujan turun dengan lebatnye.. so bertapa la kejap kt situ.. sampai hujan reda baru kami redah.
so sampai je dekat Bahagia kecemasan apa lagi kene register lagi check tp bestnye xperlu Q dah terus ke zon hijau.. register and doctor terus panggil untuk refer x-ray.. dekat situ je aku kene tolak naik tolak naik laki aku ada le dekat 6 kali... dia punya jauh xpayah ckp la... spital kan.. ko pikir la sendiri.. elh kurus aku sekejap kt situ.
time nie tengah tunggu en suami aku X-ray, debor jugak la... + tkut sbab area tu mayat duk lalu lalang , ye la belakang tu kan bilik forensik.
okie nie result x-ray dia aku pun x leh nak cakap , bila sekali tengok je x tahu le patah ke tak.. tp bila dh masuk balik check and doctor tengok X-ray onthesport doctor tu ckap . En Shuhaimi Ur ankle YES ... RETAKKKKK !!! terpancar muka sedih kat laki aku... so sad.. dah la on friday dia game Final FA. xdpt la dia beraksi untuk team.. tengok kt luar je. sian MR10.Ya Allah hai.... Tak tergambar betapa aku mengharapkan bantuan tuhan pada waktu itu. kau sembuhkanlah suamiku 2 minggu is great.
 Tapi kalau tak sembuh? Kalau kena sambung pakai simen? Kalau sembuh 2 bulan? Oh mai... I don't have 2 month! I have trip  with him to fly Jakarta. Masyaallah.... tak dapat aku gambarkan perasaan aku setiap hari. Setiap hari berdoa yang sama sahaja. Agar berita positif, berita baik, berita sembuh, berita tulang cantum, berita yang baik-baik sahaja yang aku bayangkan akan terjadi. Segala fikiran negatif aku buang jauh-jauh. Tak sanggup dibayangkan pun! Insallah yang penting semangat suamiku...
apa saja untuk dia aku akan cuba buat moga dia sembuh kembali mencari rezeki + traning balik.
nie lepas buat POP, Pakai simen la... hehehe so doctor sarankan pakai simen untuk
nie dalam masa 2 minggu shuben ku pakai simen aku harap sangat dan tak henti doa  pada Ilahi moga diberikan kesihatan buatnya kembali. Sungguh, sangat sangat sangat ku harapkan update positif dari doktor untuk hari itu. Lebih spesifik, aku mahu tulang aku sembuh. Aku mahu simen ini dibuka. Aku mahu boleh berjalan seperti biasa
Sangat lah aku mengharapkan berita keajaiban dan kegembiraan yang akan kuterima 10hb April 2018 nanti. moga suamiku kembali sihat.

Bila orang tanya, bila nak buka simen? Aku confident je jawab, "doktor suruh datang 10hb nanti appointment. Insyaallah bukak simen." 
Kadang kala keluar juga kata-kata kurang yakin dari orang lain. "Kalau tulang belum sambung doktor suruh pakai lagi lepas tu" 
"sempat ke nak sembuh tu?" insallah sempat aku rasa... hati aku cakap sempat
"biasanya kena sambung pakai.. appointment tu check up je" hope lepas nie..
Insaf sekejap.

Kebergantungan pada tuhan itu 100%. Sesuatu yang menarik tentang tulang patah adalah, ia menyedarkan manusia tentang kuasa yang maha esa. Betapa penciptaan manusia itu serba sempurna. Dan betapa segala yang berlaku itu hanyalah dengan izin-Nya. 
Masa adalah ubat terbaik untuk kembali sihat "B"
Benar. Apa yang mampu kita buat hanyalah bersabar dan berdoa, mengharapkan agar badan berfungsi dengan normal. dalam masa sama iktiar untuk berubat secara tradisional.

Badan manusia secara semulajadi adalah pengubat terbaik. Kalau bahasa inggeris lebih tepat, kita panggil "self healing". Contoh, bila kita luka, kita bagi masa, badan akan slowly heal the cut. Sama juga dengan tulang yang patah. Badan secara semulajadi akan bereaksi terhadap kecederaan itu. Kawasan sekeliling akan membengkak demi melindungi kawasan yang cedera dan elak kita untuk terlebih bergerak. Otak bagi signal "sakit" supaya kita tak guna bahagian itu. Ini untuk bagi masa pada badan untuk memulakan proses healing. Slowly, sel-sel mula terbentuk, menyambung semula tulang yang patah itu. Darah, oksigen, semua tertumpu pada kawasan itu, badan bekerja lebih masa untuk menyembuhkan apa yang telah tercedera. 

Dan kita? Apa yang mampu kita lakukan?

Hanya bersabar, beri masa, dan jangan hilang kebergantungan pada Ilahi. Kita tak ada kuasa langsung untuk suruh sel badan kita sendiri untuk kerja lebih atau kurang. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk melakukannya. Nampak tak? Betapa sekecil sel dalam badan kita sendiri pun tidak mampu kita gerakkan. 

Tanpa izin-Nya, minumlah berapa banyak susu Anlene pun.... Belum tentu memberi impak. Tapi bukan lah aku kata tak payah minum Anlene langsung. Kerana kita kena juga berusaha. Kerana janji Allah jelas,
"yang berusaha akan berjaya" 
chaiyokkkk MR'10 #COMEBACK
Share:

Rabu, 28 Mac 2018

Pengalaman ke Phuket Thailand - Honeymoon Trip

Assalammualaikum !
Before start cerita pasal pengalaman kami pergi Thailand, nak citer sikit lah pasal Phuket Island. Pulau Phuket berada di Lautan Andaman which is pulau paling besar di Thailand dan dikelilingi oleh 32 lagi pulau lain and antara paling dekat Krabi, Phi Phi dan few other island kat sana. Kalau nak bandingkan size Phuket ni kecik sikit jer lagi dari Singapore. Nak clear lagi bayangan kat Phuket ni ada 103 kampung so memang banyak tempat boleh explore depending korang jenis suka activity macam mana.

Finally aku hapdet jugak entry honeymoon ke Phuket bulan 3 baru-baru nie.. Hoii jenuhh laa nak ingat apa yang aku buat sepanjang honeymoon tu... Benda dah berapa minggu gone nie, lemau otak nak flashback.. Nampak nooo banyak makan semut ! Aku cuba la ekk yang mana aku ingat.. hahahaha


Okey plan nak honeymoon ke Phuket ni sebenarnya idea laki aku Mr10.. hoho kalau ikut aku nak ke Bali tapi laki aku dh pergi then dia bagi alasan bali susah nak cari makan and sebagainya maka terpaksa la ikut dia but memandangkan kami dua x pernah ge phuket maka aku on kan je, manjaang sebelum nie aku bzz dengan studie smpai tak ada masa nk honeymoon beb maka this time la masanya sebab aku dh abis studie.. hahahah , 
Mulanya plan honeymoon berdua dengan shuben aku , tapi last minit jadi plak laki aku racun kawan dia & wife so makan dorang pun join kami honeymoon sekali.. kebetulan dorang pun memang nak honeymoon jgk kan...Dorang pon kawen baru masuk 4 tahun so mood honeymoon masih hangat membara ! #eceehh   so time kat sane xde la kami boring sangat ada kwn-kawan kan

Trip Kami kali ni tak buat activity laut sangat sebab nye kos and budjet titibe out plak kat sane... sebab apa tau kt sane senang citer aku ckp kite miskin... bawak duit beribu pun x cukup beza sekarang currency kite dkt RM2.70 beb..korang kira la sendiri ek... hahahah so kali ni pergi trip aku more to honeymoon kami 5 years dengan husband nak rehat, nak makan pastu nak tengok pemandangan menarik kat phuket. In short, kali ni pergi bercinta hehehe gedik! and try to be hard buat JR'10 hahahaha...( lawak)

Setiap orang kalau pergi jalan kat Phuket ni akan dapat pengalaman masing yang tersendiri, kali ni kami nak share pengalaman kitorang mana tau boleh lah bantu korang planning itinerary or buat budget kalau nak pergi next time.

Kami pergi naik AA sebab time beli tu aku beli last minit ek so mmg terus terang cakap masjid mahal la... nanti aku listkan apa ye .. then aku pakai Go Air Asia , Perjalanan sejam sepuluh minit. Sampai ke Thailand macam biasa dia lewat sejam dari time kat Malaysia. 
Ready to fly - KL - HKT
 this is view di awan biru.. time ni dh nak landed dh airport phuket beb... see nampak x bawah tu laut... feel time nie super excited la apa lagi.
airpot phuket nie xde la besar mana beb...kcik je.. comel hahahaha
Iternary PHUKET : 16-20 mac 2018
Flight Airasia
KUL - HKT : 6:50am sampai 7:20am (1jam 30minit) - waktu Thailand
HKT - KUL  : 9:15pm sampai 11:45pm – waktu Malaysia
Harga untuk tiket pergi balik KUL - HKT (Thailand) RM918++ untuk dua orang. Ni semua beli tiket last minute jd tiketnya agak mahal ya sekalian. :')+ aku amik seat + luggage add on 25kg + pergi/balik + Food time pergi shj + Insurance sekali
Hotel : Stay at Nouveau Guesthouse Phuket
Harga stay dekat guest house nie utk 5 day arround : RM430.68
So include totol aku beli in AirAsiago RM 1182.48  tp lepas tu aku add on something kt air asia total smua arround RM960.60 untuk tix shj ek L terima lah kenyataan padan muka knp book lambat . sekain.
after add on baggage and meal aku kene tambah dalam RM204  x silap so total HANGUS
RM 1386.48 Untuk  ALL IN ( Flight + Hotel)
Okay dah sampai. Phuket International Airport so aku dan Husband apa lagi turun je misi mencari sim card and teksi la nak ke patong... nak jadi citer nye best time kt airport nie kan... heheheh lepas beli simcard tu time pergi nk amik teksi kebetulan nth ada apa benda entah mcm nk intorduce new villa resort la katanya ANATARA RESORT X silap aku... so kami just fill up form and survey then get a reward nak pergi mana so aku pun pilih la " PHUKET FANTASY " Sebab tiket utk ke situ lebih kurang RM500 duit msia ek.. sangat mahal. tp dengan syarat nye esk nye kami kene dengan presentation dorg punya resort . tp paling WIN is ur salary more then expertation beb dia mintak aku fill up in form 40k USD ek... hahahah x sebulan gaji ko kt msia 120k. ? HAHAHAHA tergelak abis kawan-kawan aku tp aku letak je la... ( dalam hati wisau jugak) 
nie trip honeymoon kami , nak jadi citer kami nie dua-dua tarikh nikah kami sama n lebih kurang yang membezakan hanya tahun...  kami nikah 22/3/2013 kwn kami plak nikah x silap aku 21/3/2014 macam tu la... hehehe so masing masih belum ada cahaya mata maka kami pun plan honeymoon sini kot mne tahu terciptaanya Jr . kami kan... Made in Phuket kan... hehehehehe...
haaa ... sebelah teksi tu tempat aku change sim card... harga dalam RM37 ringgit jugak la duit malaysia beb boleh guna 7 hari xsilap aku in bhat 299.00 ... berapa GB tak ingat plak... okie buat pegetahuan korang aku change duit dekat malaysia dalam RM1012 Kami dapat duit bhat dalam 8000.00 Bhat je. duit kite serisully out okie so not recomanded u olls untuk pergi sini if bujet ciput mcm aku... nak jadi citer sebab aku pun 1st time dengan suami pergi so new experince la untuk kami berdua. tp korang nak pergi jugak no problem tak de masalah pun.

Benda paling utama dapatkan INTERNET. Kalau takda nanti sesak nafas oiii, mata jadi kelip2 pastu pening LOL drama sangat. Memang nak kena ada atleast one person, tapi aku tak sebab dua-dua kaki sosial media so kene amik sorang satu baru puas hati padahal kt malaysia dh bincang tu nak shared je.. hahahha lawak.
nie hotel aku menginap kat sana selama 5 hari.. serius cakap this person yang in charge this guest house sangat baik.. husband and wife very nice person.location guest house aku stay nie sangat dekat dengan Bangla Road, the Jungceylon Shopping Complex, Boxing Phuket senang citer dekat semua la.. nak makan pun senang banyak dah makanan halal dah kt sane. kira hotel aku tengah phuket la.. jalan kaki je leh smpai.Beach pun dekat je u olls... tapi kat sana selama 5 hari aku sewa moto ye kene dalam 800.00 bhat in malaysia dalam RM98.88 ye kawan-kawan sangat murah ok... kt sana plak minyak dalam 40-30 bhat je. dalam RM4-5 ringgit la duit kite.
nie pic depan pintu masuk Guest House kami tu
Nie bilik aku stay utk 5 hari dekat sane ...
 ok so now kite start la storie about phuket utk 1st trip and 1st day till day ke 5 okie...
DAY1 - 16/3/2018 
tengah jalan aku sempat snap pic pintu gerbang nak masuk ke " Bangla Road " yg best nye tu Wirering dia tu... bersimpang siul ko.... hahahahha
sampai je kt patong kami terus tuju ke hotel time tu, nak jadi citer on that day area aku stay tu eletrik blackout so nak tak nak aku tak leh nak check in.. hajat kt hati nak rehat dulu tido kejap then mandi br kuar tp disebabkan letrik xde kt hotel maka terpaksa la berjalan mencari hala tujuan... tp kami dibenarkn check in awal utk letak baggage kat dalam bilik. so lucky la... allhamdulilah.
pic atas tu yang sempat aku snap time nie penuh org kt luar bersidai sebab mall nie pun blackout sekali.ha nie la "Jungceylon Shopping". hahahha so lepak situ jap tunggu mall bukak balik and ada letrik... so sempat la selfie ngn en shuben aku yg time nie mood swing ke mana nth sbd dia putera lilin kit.. xleh panas, hahahaha. layankan je la...
this garlic chicken serius sedap... harga dalam 150 Bhat beb... RM18.55 Sepingga beb... tp banyak gile la... makan tak habis oiii... leh makan 5 orang
this kedai halal dalam mall tu yang korang leh cari.
2 kedai nie shj yang halal kt food court tu beb.harga leh tahan ...boleh kata sehari je aku makan kt sane untuk siang je aku habis dkt 500 Bhat duit malaysia hangus dalam RM61 henget ek.. hahahahahha :)
lepas makan je makan keluar nie jalan time otw nak ke guest house kami.. 
time nie dh ptg , shuben aku dh g cari moto...  tawar punya tawar dapat la harga moto dalam 180 Bhat, dalam RM22.00 sewa untuk sehari okie maka bergerak lah kami ke mana saje naik moto.. hahahaha apa lg round patong la.. otw beach
sempat selfie berdua... hahah mne tahu next year ada rezeki bertiga kan...
view pantai patong... yang best cuci mata FREE beb... mat salleh bersidai
nie before kami masuk dalam bangla road sempat lagi ek selfie .. hahahah... time nie plak super pack gile dalam tu ... macam2 nampk oiii
chill..chill layan live Band time ne kat Bangla Road
 DAY 2 - 17/1/2018
aktiviti 2nd day kami , time nie awl pagi dh aku dh siap dengan husbd aku nak kuar breakfast maklumla kami stay guest house maka tidak disediakan breakfast so kene kuar cari.. so apa lagi aku and shuben kuar round naik moto la apa... kami terus tuju area belakang masjid area phuket... for u oll if korang nak tahu kt phuket senang utk dapat makan halal ok... pergi je area Masjid Nurul Iman " banyak je kedai makan halal sedap-sedap... berderet... jangan ckp phuket susah cari makanan halal tau...
nie " Masjid Nurul Iman "

nie breakfast kite utk 2day kt sane serius roti canai dia rangup , garing and sedap... air xpayah cakap la dh tentu milk tea dia yg power tu... total hangus utk breakfast pagi dalam 79 Bhat ... dalam RM9.79.. Abis je breakfast kite terus menuju ke hotel member , nak jadi citer sebab dorg booking last minit makan hotel yang kami menginap lain-lain.. kami duduk tempat lain dorg stay tempat lain... tp tak jauh pun dekat je.
 ha... pic nie nak habaq maiiii kt korg... nie pic nie diambil sebelum melawat tapak resort... ada kat 1st entry aku citer kami dpt this one for free but dengan syarat kene pergi ke presentation dia dalam lebih kurang 1 hour barulah kami diberikan reward ke  
"Phuket fantasy"... apa yg best belom masuk lagi dengar talk dia dh kene send back balik hotel... pergi and balik ada drive pick up kami form hotel... lawaknye survey la... arragement price salary for 2 person kene 80USD ... hahahahha mampos. then dia decide kami x layak... @#@$%%^$&^*%  ( punah harapan nk masuk phuket fantasy) tu lepas smpai je lobby hotel kami decide untuk pergi ke " TIGER KINGDOM"
Sebelum tu UP siki pic bersama chenta hati ... eceehh !! MR10
nie dkt " Tiger Kingdom " dia dekat area Amphoe Kathu & Amphoe Mueang Phuket 
harga nak masuk tempat nie ada banyak price dia.. haaa leh tengok bawah tu
 
yang bawah nie if amik pakej... hehehe agak mahal jgak la...tapi terpulang la kt korang nak rimau besor mne ek ... 
total hangus aku masuk tempat nie dgn en shuben aku kene dalam 2000 Bhat ... so duit kite ada la dalam RM247.74 macam tu la.kami amik Adult Tiger okie.. mula nak amik medium last plan n discus ngn kawan amik Adult ,time masuk tu Aku ingatkan ada sekor je rimau dlm cage tu then baca review sblm nie 10 min je dlm tu. Rupanya ada 4 ekor ok then lebih then 10min dalam tu.. so rasa berbaloi la jgk and bukan senang nak selfie dengan raja rimba nie kan.. Dah la dia suh pegang and tido, macam style dia suruh ek if korg nak tahu. Depan belakang ada rimau. Lemah lutut ai rasa. Photographer tu will ajar kita cemana nk pose ngan rimau. Kalo kami x  amik photographer aku xtahu la macam mana nak pose depana rimau tu...mau aku kejung je berdiri jauh2
NAMPAK X KAKLONG JINAKKAN HARIMAU !!!!!!!!!

so lepas melawat rimau apa lagi perut dh lapor, grab car kami send balik ke hotel...ouh if korg nak tau kami ke tiger kingdom nie naik grab car ek.. kene 800 Bhat duit kite RM99.12 duit malaysia. padahal leh je naik moto ke sana xjauh pun dari patong tu dalam 10min dh smpai .. nak dijadikan cerita saje kan nk rasa have-have sangat.. hahaahhaha amik ko... sekali sekala xpela... berkali kala mamposss... hahahaha.... so smpai je hotel terus ke mall Jungceylon misi mencari makan la... 2 hari berturut makan dalam mall ek... so dibawah nie menu kami makan total semua dalam 450 Bhat duit kite RM55.74 x masuk air lagi tu 100 Bhat.. haaa korg kira la sendiri ek.. tu aku cakap kt sane makan saje siang malam kene spend dalam 1000 Bhat la... 
______________________________________
time nie dh otw nak fly back to Malaysia... dh windu smbal belacan smua dh.. kari mamak.. hahahahahha
so, tu je la aktiviti we all sepanjang kat Phuket...sgt enjoy....total damaged sepanjang we all kat sane almost RM3300k...hahahaha...tu namenye enjoy sakan....yeeehaaa~~ so aku sgt2 la suggest sape2 nk holiday kat sane....u all akan rase sgt rilex ngan people kat sane sume ok2...u all x kn rase takut wlpn jln lenggang mak limah sambil pegang handbag....hahhaaha...trase x nk balik pn ade gak....mmg aku & hubby will be coming back to Phuket one day....heheheh....tapi time currency dia dh down la... hahahahha sebab now aku rasa semua benda mahal toqqqqqqqqqqqqq.. hahahhaha
Share:

Isnin, 12 Mac 2018

*Mood bercuti is TURN ON *

! Assalamualikum !
Bukan hari raya jerk mood nie datang ... tapi rasanya kalau boleh nak hari-hari mood bercuti nie. heheh tapi boleh mati akal juga kalau sentiasa mood bercuti nie datang.

Selalunya orang hujung tahun kan plan and + ramai yang bercuti. Tapi bagi  aku yang belum mempunyai cahaya mata nie. Sabo jerk lah ... hujung tahun terpaksa menahan diri dari cuti-cuti malaysia.so aku merancang untuk bercuti lambat sedikit dari cuti yang biasa. hehehh.. jengjenggg haaa.. time bila tu time anniversary aku la senang kit pakej..hahhaha so aku simpan cuti aku ujung tahun sikit then aku cuti awal tahun lepas new year... memandangkan aku dan suami lama dh x cuti sebab before this busy keje + studie pastu ngn shuben aku plak busy game bola smpai aku kene ikut time dia.. adoi
so now this year la masanya utk aku relize tension ngn shuben. 

Sebenarnya ... terus terang cakap masjid nei aku dah tak sabar nak bercuti. Hari khamis nie aku last kerja start bercuti. Alaaaa ... tak sampai seminggu kot. Nak honeymoon dekat jerk .... tak sabar nak pergi ... lalalaaa..

haaaa... if korang nak tau aku kemana stay tune ke... next champter aku akan citer.

22.3.2013 - 22.3.2018 = 5 YEAR MARRIED

***************************************************************************************
Percutian yang hanya berpandukan itenary/recomanded from friend/gamble buy tix/ and waze hp sahaja untuk menunjukkan arah perjalanan kami nanti hahahah but lebih best kot. hehehh minta-minta tak hujan. Kalau hujan ... so far check in weather cuaca cun 

**terasa lambat masa berlalu kalau kita asyik menghitung hari ... huhuhhh**
___________________________________________________

click sini for itenary - Phuket Honeymoon




Share:

welcome 2018

Image result for selamat datang  2018
Hallo semua. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018 saya ucapkan.

rasa lama kot tak coret n conteng kt sini kisah suka duka 2017, diam tak diam dh bulan 2018 dh.. + dh bersawang dh blog aku... hahahaha bulan mac baru nk update

so now u olls just nak cakap Jangan menyesal dengan apa yang sudah kita lakukan dalam tahun sebelumnya. Ye la. Kalau nasi sudah menjadi bubur. Makan je bubur tu. Ha. Lain kali buat lagi. hehe

Dan jangan marah kalau tak tercapai apa-apa tahun lepas.

Tiada guna lagi untuk kita mengeluh kepada barang yang lepas kecuali dijadikan sebagai kenang-kenangan dan iktibar sahaja. 

Bagi saya, pencapaian tahun 2017 berkait rapat dengan usaha susulan tahun 2016 dan sebelumnya.

Contoh: patut abis studie 2016 tapi nak jadi citer 2017 jugak abis bulan jun

Begitu juga dengan bisnes, kerjaya, bekalan akhirat (tak boleh tinggal), kesihatan, keluarga, holiday, study dan lain-lain. Semua itu kena ada perancangan, usaha dan pencapaian untuk kita hargai selama nafas masih dikandung badan.

Don’t give up! 🙂 okie
Share:

Jumaat, 20 Oktober 2017

Mimpi Jadi Kenyataan , Menjelang Majlis Konvokesyen ku


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman & islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, suka untuk saya menulis tentang dua perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa iaitu berkaitan dengan Majlis Konvokesyen UKM ke 45 pada 28-31 October 2017.

Saat ini tidak terkira kegembiraan dan kesyukuran menungu saat penganugerahan segulung sijil yang bermakna buat diri ini dan keluarga terutama mama n abah aku. Menanti saat  tibanya tarikh keramat 29/10/17, tiada siapa yang tidak gembira pada saat yang sangat manis dan memberikan makna paling besar dalam hidup kita dan kedua ibuayah kita. Sudah pasti saat ini dilihat sebagai saat paling penting  dalam hidup kerana  ia sebenarnya menyiratkan sebuah harapan besar perjalanan ke hadapan. Namun, Konvokesyen . tapi tu la hakikatnya dimana perit jerih studie selama bertahun terpaksa korbankan masa tenaga dan segala untuk sekeping ijazah buat mereka tersenyum
now aku dh buktikan yang aku mampu lakukan , yang mana dulu cakap aku nakal, tak boleh pergi jauh bodoh setakat main sukan je mampu now i'm prove it... how are me now beb !!! i Degree Holder dh pun.

tapi demi nak dapat segulung ijazah nie lain plak citer dia aku nak cakap kt sini, ye la maklumlakan kite nie studie byr sendiri so before abis studie n nak konvo kene selesaikan yuran tertunggak kalu tak boleh konvo.aku plak memang dari mula guna EPF Akaun 2 aku untuk bayar studie aku selama 4 tahun tanpa bantuan mak dan ayah aku. so nak jadi cerita nak tak nak ko kene selesaikan...so maka bermulalah ceritanya dimana pada hari sekian aku pun dah x ingt bila aku call PKP UKM , untuk prepare document untuk dibawa ke KWSP untuk buat pembayaran tertunggak untuk baki yang tinggal lagi.so bila surat pun smpai pada aku maka aku pun terus lah ke kwsp untuk selesaikan pada 29/9/2017. nak jadi cerita lepad dh selesai tu aku ingatkan done la... aku smpai je office baru nak duduk terus dapat panggilan dari kwsp yang surat dari PKP UKM tidak lengkap , maka dia terpaksa reject permohonan aku and aku kene call balik pihak PKP UKM untuk buat semula ya allah... kite dh la nak cepat selesaikan terus jadi tergendala dah.
maka terpaksa lah aku call balik pihak pengurusan untuk buat semula dan send ke kwsp.
nak jadi cerita surat tu smpai pada aku pada 6/10/2017 hari jumaat time tu pun dh petang sampai... maka kene tunggu hari isnin 9/10/2017 la aku antar pada pihak kwsp.

then nak jadi cerita 9/10/2017 aku send balik permohonan untuk pengeluran aku utk pembayaran yuran. maka LULUS pada 16/10/2017 dan dalam sistem aku tegok pihak kwsp sudah pun membuat pembayaran kepada pihak PKP UKM pada 17/10/2017 akan tertapi masalahnye aku masih tidak boleh akses untuk masuk buat pegesahan kehadiran konvokesyen aku..... Ya allah apa la nasib.

so aku pun buat follow up call kat pihak UKM , but apa yang aku dapat kene marah  + maki how rude beb...terang lagi bersuluh ko tau student tu payment by kwsp benda simple just update je dlm sistem utk bagi kami update konvokesyen kami tu je... nie tak dia sound aku boleh dia ckp if nak cepat bayar cash... hello cik kak if aku de duit cash xde le aku terhegeh-hegeh call mintak surat nak guna kwsp bogok.benda simple pun tak leh buat.. alasan dia pihak dorang kene tunggu check smpai then baru boleh update dalam sistem itu ini bagai la... menyirapppp betul aku...

yang paling best aku siap print screen and email dorg penyata KWSP yang pihak kwsp dah pun buat pembayaran kpd pihak dorang still tak boleh blah jugak nk tunggu..
aku dah tahap bengang dh aku terus email bahagian Pengijazahan untuk mintak tolong dari pihak dorang.
ya allah moga allah permudahkanlah urusan aku ini ya allah.... 
insan yang teranyaii... so kite tunggu untuk next storie k !!!!!!

***********************************************************************

hai , kite sambung apa yang terjadi dalam masa aku menuggu result sama ada aku boleh buat pegesahan or tidak.. dalam duk tuggu hati tak keruan korg tau.. air mata dah mengalir dah... aku plak jenis xsabar aku call bahagaian pengijazahan... nak jadi citer utk eks aku melibatakn bahagian kewangan, time sblm nie call dengan sombody tu langsung tak ada budi bicara and tolak ansur... so nak jadi citer aku dapat terus bercakap dengan pegawai dia terus.. citer punya citer dengan madam tu terus link untuk aku buat pengesahan dibuka... kan senang . benda simple je sampai nk kene buat surat rasmi bagai bukti and sekiranya aku tipu kene tanggung bagai... WTF %^&$^$^%#$%^ la...
so the result aku berjaya aksess masuk untuk buat pegesahan.! maka 20/11/2017 jam 5 ptg sah aku dh buat pegesahan utk majlis konvo aku nanti.

amin.. allhamdulilah
****************************************************************************



Share:

Selasa, 5 September 2017

I'm Finally A Bachelor's Degree Holder!!!


Bismillah..


Alhamdulillah, rasanya macam baru semalam sahaja mendapat surat tawaran dari UKM untuk future studie pejam celik pejam celik dh done habis.. dengan macam halangan rintangan onak duri aku kene lalui.. Padahal sudah 4 tahun jugak la waktu itu. Alhamdulillah, akhirnya 5 September 2017official done studie status is " KONVOKESYEN/ TAMAT BELAJAR " Allhamdulilah syukur rahmat !



  kira today menjadi hari dimana aku dah rakan-rakan seperjuangan lain if aku dh terlepas dari batch aku yg mana dorg dh lama genggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan sebelum nie.. aku baru done habis. 4 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu banyak pahit manis yang dilalui.tak terkeluar nak kata la kiranya..kalu nak citer 3 hari 3 mlm xhabis kot.. but apa yang aku boleh cakap hanya mampu menagis gembira sbd bila pikir n kenangakan apa yg aku lalu selama dalam tempoh nak jadi degree Holder tu tuhan je tahu how i survive beb!!! seriusssslly lain org lain rasa dia



Dalam 4 tahun itu juga terlalu ramai individu yang terlibat dalam mendorong aku untuk mendapatkan apa yang perlu aku dapatkan. So kat sini selain nak share, congrats and reward diri sendiri untuk pencapaian hari ini. Aku nak reward "orang-orang" penting yang sentiasa menyokong, mendorong dan menjadikan cabaran untuk aku teruskan perjuangan sehingga aku memiliki apa yang aku miliki hari ini.



Thanks to Allah, for the whole life. 

Orang paling penting, family yang always support, encourage me and believe me.

mama, abah adik , and alwys my beloved husband.. mana tak nye 4 tahu kawin survive n terima je apa yang wife dia kene hadap... but tqsm all for this eveything.

my lil Brother Shapiq yang selalu menjadi contoh dan penguat untuk genggam ijazah jugak! sbd this person kite BFF aku dr dulu till now utk kami fight habis studie nie beb.. salah satu sebab aku n dia nie 1 company then cita nk jadi "Executive " So nak xnak kene le hadap....
Lecturer, yang memberi ilmu dan cabaran baru.
My BFF, MY team Neballer TM yang mana alwys support me terutama geng studie la.. hahahah love u so much beb yang selalu ade susah dan senang. Ketawa dan air mata. Aiceh! geng studie yang mana 
menjadi kan aku si pencabar setiap sem! Walaupon always aku kalah, tapi itulah cabaran yang buat aku semakin gigih untuk habiskan jugak sis studie walaupun kene repeat paper and macam-macam hal la. 
Nexus! tanpa korang, mana mungkin kita mampu grad today. We create to much memories, share everything and we learn together.
seriuslly tak dapat nk lupa apa yang terjadi selama tempoh studie 4 year nie.. macam aku hadap.. dengan keguguran , macam hal la... but this memory yang tak akan terpadam dlm idup aku.. syukur sgt ya allah

Now!

I'am Degree Holder
I'm complete my study!
Yeah! I'm ALUMNI UKM !!!

I just wanna to say thanks again to all who related with my life story. hohoho.. and Congrats to all graduate for BECOMING UKM Convocation Day nanti. We share the same feelings! takzabarrrrrrrrrrrrr...
Share: