sejak akhir- akhir ini, banyak sekali masalah yang datang kerana
suami curang,.. ada yang sampai terlanjur, baik dengan isteri orang atau
wanita bujang.. iman kita semakin rapuh, … nipis dan keluar masuk dari
dalam diri lebih laju dari biskut ‘sekejap ada, sekejap tak ada’… astaghfirullahilazim.muga
ALLAH berbelas kasihan dan mengampunkan dosa-dosa kita…. tidak
hairanlah bala bencana alam di sana sini,..ingatan dan amaran dari Allah
bagi yang menggunakan akal fikiran.
para isteri yang terlibat, ada yang cuba mencari ketenangan dengan
membaca pelbagai buku, blog dan laman web untuk merawat hati yang dah
hancur luluh, agar mampu bangun dan menghirup udara Allah ini dengan
kekuatan baru dan tidak terusan kecundang dalam penderitaan. pelbagai
persoalan timbul dalam benak fikiran.. apakah mahu diteruskan
perkahwinan ini.. bagaimana dengan nasib diri dan anak-anak sekiranya yg ada anak..???
sebenarnya , jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah,.. sekiranya
jodoh kita telah tiada, maka jalan ke arah itu amat mudah dan
dilorongkannya tanpa banyak onar. namun, jika jodoh masih panjang, maka
usaha kita mahu memutuskannya akan dipenuhi dengan pelbagai masalah dan
rintangan,..
ada isteri yang berfikir dan mengambil kira nasib anak-anak lalu
berniat untuk meneruskan perkahwinan dan mahu menerima kembali suami
mereka walau mengetahui kecurangan suami…namun, yang menjadi halangan
untuk hidup kembali seperti dahulu adalah emosi yang tercalar dan hati
yang dah terluka.. bagaimana mahu merawatnya…setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas
sesuatu asbab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang
dijadikanNYa dan yang ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan
tanpa perancangan….
kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang
hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari
mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk
menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh
manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang
kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan
dipertanggungjawabkan di akhirat nanti… Allah mengizinkan dan Dia yang
Maha Mengetahui…
untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas
tindak tanduk suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami
dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami
berdosa… muhasabah diri kita… kenapa ALLAH uji kita begitu…
tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa,
tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak
sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah..
malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita
sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be
undone’.. dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya
DIA maha pengampun dosa-dosa besar…
muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan
suami ,.. apa yang dia benci tapi kita tetap buat walau telah ditegur
atau ada suami yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan
perangai isteri..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang
besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar
kerana isi dah busuk…
adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana
muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah
mengeluarkan kata-kata yang pedih, penuh sinis dan sindiran … atau
bagai..
anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..
untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita..
dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali
kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan
tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa
suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak
pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..
nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang
ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu
daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan
kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..
insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..
sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..
percaya pada allah kerana setiap ujian dia hanya allah yang maha mengetahui
tu laaa.. selalu baca kat page Kisah Rumah Tangga.. macam2 masalah kecurangan.. sedihh.. macam drama novel plak.. tp sebenarnya ade je dalam dunia realiti beb.. mintak dijauhkan laaa..kalau jd kat diri sendiri.. x tau lah nak cakap apa.. =( nak suruh sabar & tabah tu senang.. diri sendiri yg rasa
BalasPadam