Aku pernah gemok gila dulu. Gemok yang memang gemok lah bagi aku. Kira so far dalam seumur hidup aku, ni lah paling gemok.Sampai bebudak lelaki kelas aku dulu yang mulut mulut puaka tu selalu ejek aku "gemokkk dugonggg tidoooo gemokkk dugonggg tidoooo"
Kwanghajar depa ni.Blah lah.
tapi aku rasa ada jugak yang pernah tengok gambar "dugong" aku ni. Dulu aku pernah publish gambar aku di zaman "kegemilangan" ini. Sila layan gambar "dugong" ini
Gemuk gile aku time nie...adoiiiiii
tapi ni tak berapa nak hardcore sangat. Tapi yang bawah ni, aku tunjuk balek gamba ni dekat kawan kawan aku sekarang. Semua bantai gelak gelak tepuk lantai tak percaya aku gemok sangat macam ni
nie lagi gemooookkkk..adoii aku tgk pun nk gelak
Kau hado lemak banyak macam ni?? Kau mampoooo menternak lemak begini? ha? MAMPOOO?
Dah macam peserta The Biggest Loser dah aku tengok time ni. Aku pon dah tak rela nak tengok gambar ni sebenarnya. Sebab rasa macam nak flush diri sendiri dalam jamban je bila tengok gambar ni. Sebab gambar ni mengenangkan peristiwa aku diejek dulu..echa gemoookkk...stresss plak aku
Tapi lepas tu tah macam mana aku putus cinta. Boleh pulak tetiba kurus. Putus cinta punya pasal *sound effect geruh berdentum.Dan inilah hasil putus cintan.
kurus tak ?????wewitttt....slim kan
Menangis aku tengok gambar aku ni. Macam mana lah aku boleh kurus sebab putus cinta punya hal?? Sampai macam ni jadi badan aku. Tapi time putus cinta tu memang aku tak lalu nak makan pon. Macam tak selera sangat. tengok pinggan nampak muka ex, terus campak pinggan malas nak makan. Lepastu kadang kadang tengok nasi pon aku boleh menangis. Punya lah extreme penangan putus cinta dekat aku ni. tengok nasik pon boleh nangis. tah apa tah gila tetiba time tu
Tak lalu makan satu hal. Lepastu aku selalu tension. niat nak kurus. Tapi der lagi niat nak lepas geram. Kalau dapat "punch bag" tu dekat aku. Memang sekuat hati aku dok TUMBOK menatang tu . Aku bayangkan tu ex aku. Geram dowh. Kalau lah "punch bag" tu betul betul kepala ex aku tu. Mahu dah masuk ICU rasanya dia. Nak release tension.
Time tu memang aku kurus. Mungkin sebab aku seksa diri aku. Tak makan and push diri aku buat benda berat berat. Tapi tu kurus yang tak sehat lah. Sebab mendadak gila berat badan aku turun. Tapi lepas tu naik balek. Tapi nasib baik tak naik macam gambar first aku tu lah.
Then aku sedar yang badan aku ni jenis SENANG NAIK dan SENANG TURUN. jenis kena jaga betul betul lah baru berat badan konsisten. Tapi dekat atas ni semua gambar gambar lama lah. Gambar gemok gambar lama. Gambar kurus pon gambar lama..tp yg 3 in 1 ni pic baru...hihih bulan ramadhan punya.
"nie effect lepas pakai PB 2 minggu...time pose bulan nie okie "
Sekarang ni aku malas nak bersenam bagai nak tambah plak game company plak dah nk mula 27 hb september kot.. Aku busy tak ada masa nak pergi gym. Bukan busy mana pon lah. Tapi lebih kepada MALAS. Tapi tah macam mana rezeki lah kot. Aku dapat offer untuk pakai Premium Beautiful. Perghh punya lah meloncat loncat terjun katil bila aku dapat tahu aku berpeluang jugak pakai Premium Beautiful ni. Sebab aku tahu PB ni mahal. Akukeje makan gaji je. Mana lah ada duit nak cekau duit sampai 2 riban nak beli natang ni. Alhamdulillah aku merasa jugak pakai
|
ni lah ghupe Premium Beautiful ni (PB) |
Ni aku nak cerita pengalaman aku lah ea pakai PB ni:
@First time aku pakai PB ni, aku pening kepala,sakit tulang belakang..sakit ari2 and cirit birit.Seksa woh. Asyik nak kene pakai jugak kan. Then aku tanya dekat kak Aida ni, asal aku cam letih and dahaga tah habes habes ni? Pastu Kak Aida cakap side effect pemakai PB ni lain, depends on individu, mungkin sebab aku tak pernah pakai PB ni, first time pakai, tu jadi macam tu. Esok lusa ok lah tu. Mula mula je macam tu. Tapi memang betul pon. Esok lusa aku dah tak ada rasa apa dah. Cuma first day aku pakai je body aku buat hal
@Aku tak rasa PB ni 100% boleh buat aku kurus. Tapi aku 100% yakin yang PB ni boleh membantu aku untuk kurus dan membentuk badan aku balek. Tapi kena konsisten lah pakai. Jangan biar perap je dalam ghobok (read=almari). Kau simpan dalam ghobok nak bagi siapa pakai?? ghobok pakai???
@Masalah keputihan pon tiada bila pakai PB
@Pakai PB ni kena 8jam sehari at least (minimum)
@Bila keluar memang aku akan pakai. Bila pakai aku rasa macam aku kurus. Sebab PB ni sangat sangat SELESA. Postur badan aku pon tegak je manjang. Rasa macam confident je berjalan. Dalam hati like "kurusnya aku hari ni. ehem ehem" Tapi cakap dalam hati je lah kan. Walaupun aku syok sendiri. tapi ada aku kesah? yang penting positif. Bila kita rasa confident dengan badan kita. InsyaAllah orang akan nampak kita macam Megan Fox *tetibaa
@Mula mula aku nak pakai PB ni azab gila. sebab ketat woii. Dah lama lama dah tahu taktik pakai dengan betul. Kira tak ada lah susah sangat pon. 3minit pon dah siap. Bila dah terror pakai tu, serious rasa macam bangga gila. *kembang hidung
@ kak Aida ada cakap .Dengan bantuan Premium Beautiful, insyaAllah dapat perbaiki 70% Kesihatan dan 30% Kecantikan. secara keseluruhan akan dapat 100% KEYAKINAN. Tapi part keyakinan tu aku akui lah. Memang rasa confident je bila pakai . lagi satu PB ni selesa bagi aku sebab tu aku suka pakai. PB ni bukan untuk body kasi cantik je. untuk kesihatan jugak
@Ada yang cakap aku kurus dalam Enteri?? eh kurus ea? Tapi time tu aku memang tengah pakai PB pon
The reason why aku nak kurus, sebab aku tak nak kena hina , kena ejek macam dulu. Orang cakap aku gemok (ni memang selalu dengar sampai muak dah), dugong lah, orang kuning digi lah. Macam macam lah aku pernah kena ejek dulu. Sedih woh. Aku rasa macam aku hina gila sampai orang nak cakap aku macam tu. Dulu aku mempunyai satu sifat rendah diri yang sangat melampau sampai ada satu tahap aku taknak keluar rumah sebab aku taknak kena ejek. serious sedih. Aku tengok orang kurus orang cantik, semua tu akan buatkan aku jadi rendah diri ='(
Sebab tu kalau bab bab berat badan, bab bab muka jerawat ke hape. aku tak suka ejek orang. Sebab aku pernah rasa semua tu. Orang yang tak pernah rasa memang sedap je dok ejek. Tapi satu hari nanti benda benda yang kau ejek tu jadi dekat kau atau orang terdekat kau. Baru kau tahu langit tu tinggi rendah
Aku nak kurus dengan sehat lah yang pastinya. Aku nak propa pasal PB ni memang tak ah. Aku nak tipu korang pon aku dapat apa kan? Dosa dah sedia berbakul, bila menipu orang makin berbakul bakul buat mendee. Kalau aku rasa best bagi aku best lah. kalau aku rasa tak, memang tak lah. but so far aku selesa dengan PB. PB ni tak membebankan aku lah. Tapi kena pakai konsisten lah. Mula mula aku "hangat hangat tahi ayam" jugak. Kejap pakai. esok tanggal, tulat tak pakai. then pakai balek. memang serupa je macam tak pakai. Dah mengenangkan aku memang nak benda ni, so aku tanamkan dekat diri aku supaya disiplin lah pakai benda ni.
Aku baru je pakai ni. dah nampak kesan dah. Berat badan pon mula kurang. Kalau lah aku stay 4-5 bulan pakai memang konsisten. Mahu Megan Fox pon tak nak berlakon dah sebab makan hati tengok aku. muahahahahaha. ye aku berangan. Tapi bak kata pepatah "kalau berangan benda yang best best dan positif, insyaAllah kita dapat capai apa yang kita berangan tu. tapi kena usaha jugak lah. jangan lah berangan je manjang. memang nan hadoo je lah. hape pon tak boleh!"
apa ke pelik pepatah aku reka sendiri ni? ahh ghasak lah
Aku akan update dari masa ke semasa perkembangan aku pakai PB ni.Stay tuned
Kalau ada sesiapa nak tanya pasal Premium Beautiful, or tetiba berminat nak beli Premium Beautiful boleh boleh je contact Kak aku terus okie sbd aku leh terus free fitting PB ye. jangan salah malu pulak. Nak tanya lebih lanjut. sila je tanya aku. Jangan risau aku tak makan orang, dia baik orang nya =) 016 - 4143644
Sila doakan aku kurus. ok bye!