Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida
Bekas anggota kumpulan Sepah, (Gambar) Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.
Mamat Sepah berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida Ibrahim yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.
"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida Ibrahim pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," kata Mamat Sepah ketika dihubungi media hiburan di sini, Selasa.
Mamat Sepah diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasihnya Fida Ibrahim tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.
Mamat Sepah menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat Sepah berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida Ibrahim dan beberapa rakan lain.
Menurut Mamat Sepah, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.
"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelas Mamat Sepah. Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
Mamat Sepah Minta Maaf Sebar Gambar Fida Ibrahim Tidak Bertudung
"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.
Mamat Sepah ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida Ibrahim mengenai perkara berkenaan, Mamat Sepah memberitahu Fida Ibrahim tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.
"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," kata Mamat Sepah menyesal menyebarkan gambar Fida Ibrahim tidak bertudung. -Mstar.
Tengok Video Fida Ibrahim Mempermainkan Bekas Tunangnya Di Bang Bang Boom.
dh tunang???opppssss.... seriousssss..ni aku kasi korg tgk pic x'gf mama yg meletop nyah!!!saksikan lahhhh
sape lagi shantek ????fida VS shuhada =
CUN X beb????hahahha lawa kan
tgk this statment...player rupanye si mamat nie...sian weh mainkan perasaan perempuan. :(
Tapi menurut kami, semuanya macam ke arah Mamat Sepah. Terutama sekali apabila Adda mengatakan kekasih baru kepada bekas kekasihnya itu memakai tudung. Dan lagi nak nampak betul, Adda turut mengucapkan selamat berjaya kepada Fida.
So, memang tak syak lagi lah kan? Mungkinkah Adda terlalu kecewa dengan hubungannya yang terkandas di tengah jalan? Atau sememangnya apa yang dikatakannya tentang Mamat itu adalah benar? Ehem. jawapan semua ada pada Adda. =) Sedikit trivia, Mamat mengaku dia putus cinta dengan Adda pada April lalu dan dalam masa yang sama mengatakan dah kenal Fida selama 6 bulan. Kalau tak silap lah kira-kira yang kami buat, maknanya Mamat dah kenal Fida semasa dia masih bercinta dengan Adda. Rumit tu!
Gambar dibawah adalah penampilan terbaru Adda ketika bertudung. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. =) Kredit gambar: Twitter Adda.